Laluan motosikal Kesas ditutup
KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd., akan menutup Laluan motosikal di Lebuhraya Kesas selama 15 bulan bermula Jumaat ini.
Pengurus Besar Pembangunan Organisasinya, Azhari Karim berkata penutupan itu bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan di lebuh raya tersebut.
"Penutupan akan bermula dari laluan motosikal Kilomiter (KM) 30.4 hingga 29.2 sepanjang tempoh 15 bulan," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Semalam.
Selain itu, menurutnya, lencongan sementara bagi laluan itu adalah melalu lebuh raya utama Kesas.