Konsesi lebuh raya didedahkan kepada awam mulai 1 Januari
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kandungan kontrak pemegang konsesi lebuh raya yang sebelum ini dokumen sulit akan didedahkan kepada rakyat mulai 1 Januari depan.
Menteri Kerja Raya, Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed, berkata ketika ini proses menerbitkan 23 perjanjian berkenaan sedang dibuat sebalum Percetakan Negara akan mencetak dan menjualnya kepada orang ramai.