PLUS tidak kuasa halang trak tunda luar | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) tidak mempunyi sebarang kuasa untuk menghalang trak tunda luar untuk masuk dan beroperasi di lebuh raya mereka dan memberi bantuan kepada pengguna.

Malah, Penolong Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat PLUS, Iskandar Dzulkifli berkata, tidak ada sebarang undang-undang yang menghalang trak-trak tunda daripada berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan di lebuh raya.

"Sekiranya pelanggan menghubungi PLUS, pihak kami akan menghantar bantuan ke plaza tol terdekat atau di kawasan rawat dan rehat, asalkan tidak membahayakan pemandu kenderaan yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan.

"Bagaimanapun, sekiranya trak tunda lain sampai dahulu dan pemandu mahu mendapatkan perkhidmatan mereka, kami tidak ada sebarang kuasa untuk menghalangnya," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Iskandar mengulas taktik terbaru 'longkai' yang sanggup menanggalkan penutup bahagian bawah tangki air kereta ketika kereta pemilik berada di R&R Gurun baru-baru ini.

Dengan berbuat demikian, kereta mangsa akan berhenti kerana enjin kepanasan selepas bergerak dalam jarak tertentu akibat tangki keretamenjadi kering dan 'longkai' akan menawarkan perkhidmatan mereka dengan mengenakan bayaran yang agak tinggi.

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo