Hentian Pedas-Linggi ditutup mulai semalam | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kuala Lumpur - Plus Expressway Berhad (PLUS) memaklumkan Hentian Sebelah Pedas-Linggi (Arah Selatan) di kilometer 230 akan ditutup kepada orang ramai bermula semalam.

Plus dalam kenyataannya berkata, hentian berkenaan ditutup sehingga 23 November ini.

Menurutnya, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penurapan jalan dilakukan di hentian sebelah berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan berhati-hati ketika melalui hentian berkenaan.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo