Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

Image removed.Image removed.Kuala Lumpur, 29 November- Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan November bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya. Ini merupakan majlis rasmi beliau bertemu dengan warga Kerja Raya semenjak menjawat jawatan KSU pada 22 Oktober yang lalu.
 
Dalam ucapannya, beliau mengimbau kembali segala pencapaian yang telah diraih oleh Kementerian Kerja Raya sepanjang tahun ini. Antara kejayaan yang telah dicapai, Pencapaian 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti, Portal 5 Bintang 2011 dan pengiktirafan Anugerah Transaksi e-Perolehan Online Terbaik 2010. Y.Bhg. Datuk KSU berharap dengan kejayaan yang dicapai sebelum ini, dapat dijadikan momentum positif untuk tahun hadapan seterusnyan memastikan Kementerian Kerja Raya menjadi satu organisasi yang berwibawa dan cemerlang.
 
Turut hadir, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Noor bin Yaakob, Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR), Y.Bhg. Dato’ Sir Ir. Dr. Judin Bin Abd Karim, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi serta warga Kementerian Kerja Raya.

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 15 November- Satu Seminar Antarabangsa Pertama Mengenai Rekabentuk dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah diadakan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah mewakili YB. Menteri Kerja Raya bagi merasmikan seminar tersebut.

Dalam ucapannya yang dibacakan oleh Y.Bhg. Datuk KSU, beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn. Bhd kerana menganjurkan seminar ini. Seminar ini dilihat sebagai platform terbaik untuk berkongsi pengalaman serta menjana idea-idea baru khususnya bagi penambahbaikan kepada industri pembinaan di negara ini.

Menerusi pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini, terdapat beberapa kejayaan yang telah telah berjaya dicapai khususnya dalam aspek kejuruteraan seperti asas cerucuk jenis bored piled sedalam 130m yang mana antara paling dalam di dunia, pelaksanaan ujian beban Statnamic terbesar pernah dijalankan pada tahap 54 Mega Newton dan penggunaan High Dumping Rubber Bearing atau HDRB bagi tujuan perlindungan seismik yang pertama dalam negara.

Turut hadir, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya, Y.Berusaha En. Mohd Saleh Bin Santhiman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia, delegasi-delegasi daripada luar negara, agensi awam dan syarikat swasta.

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 11 November – Majlis Perpisahan untuk mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR), Y. Bhg. Datuk Thomas George telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby. Majlis yang dinamakan sebagai ‘Jasamu Dikenang’ itu diadakan sebagai tanda penghargaan serta mengenang jasa mantan KSU selama beliau berkhidmat di KKR.

Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menghadiri majlis perpisahan tersebut sebagai tetamu khas. Dalam majlis YB. Menteri, beliau berterima kasih di atas segala sumbangan dan komitmen Y.Bhg Datuk Thomas George semasa menerajui KKR. YB Menteri mengkagumi sifat dan perwatakan Mantan KSU yang dedikasi, “passionate” terhadap tugas serta disenangi oleh warga KKR. 

Setelah berucap, YB. Menteri memberi cenderahati kepada mantan KSU sebagai tanda penghargaan dan kenangan-kenangan. Majlis Perpisahan tersebut telah dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR yang baru, ketua-ketua jabatan, serta warga KKR dan agensi. 

|Galeri Foto|

Image removed.Seremban, 9 November – Kesesakan trafik di Plaza Tol Seremban yang seringkali menjadi masalah kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akhirnya dapat diselesaikan. Pembinaan Persimpangan Bertingkat Baharu di Lebuhraya Utara Selatan bakal mengatasi masalah kesesakan Tol Seremban, kata YB. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya dalam lawatan beliau ke tapak cadangan Persimpangan Bertingkat Baharu, Seremban, Negeri Sembilan.  
Menurut Datuk Seri Shaziman, Persimpangan Bertingkat Baharu ini akan menelan kos sebanyak RM160 juta dan dijangka akan mengambil tempoh dua tahun untuk siap dibina. Lokasi pembinaan Persimpangan Bertingkat Baharu ditetapkan di KM 267.5, Lebuhraya Utara Selatan dan akan dihubungkan ke Jalan Labu (N38).
Turut hadir bersama adalah Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Noorizah Hj. Abd. Hamid, Pengarah Urusan PLUS, pegawai-pegawai kanan Kementerian, LLM dan PLUS.

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 28 Oktober- Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memenangi hadiah tempat ke-3 Hadiah Buku Laporan Tahunan Kementerian sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 yang diadakan di Dewan 10, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

Hadiah disampaikan kepada Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR dalam Majlis Penyerahan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011 ‘Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam’ pada 28 Oktober 2011, yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y.Bhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah.

Pertandingan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan program kebahasaan yang diisytiharkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat secara besar-besaran di seluruh negara.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Sidang Ridaksi Buku Laporan Tahunan KKR 2010 yang turut menyumbang kepada kejayaan ini.

Image removed.Selangor, 25 Oktober- Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor telah mengadakan lawatan kerja ke Semenyih FT 001, Daerah Hulu Langat bagi meninjau masalah kesesakan yang kian meruncing. Pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan ini secara tidak langsung telah menyumbangkan kepada masalah kesesakan yang semakin serius.

Bagi menangani masalah kesesakan di Jalan Semenyih FT 001, kementerian ini mencadangkan supaya Projek Menaiktaraf Jalan Semenyih FT 001 di Daerah Hulu Langat, Selangor dilaksanakan. Ianya melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan daripada 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala sepanjang 500m dengan anggaran kos berjumlah RM1.2 juta.

Memandangkan projek yang dicadangkan ini hanya melibatkan sebahagian daripada Jalan Semenyih FT 001 bagi Fasa Dua, sebagai langkah jangka panjang, kementerian akan terus memohon peruntukan kepada agensi pusat untuk menaiktaraf Jalan Semenyih FT 001 dari Kajang ke Beranang dapat dilaksanakan demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna laluan tersebut.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Datuk Himmat Singh serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 21 Oktober 2011- Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Datuk Thomas George telah bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada 23 Oktober 2011. Pada hari terakhir iaitu 21 Oktober 2011, telah diadakan Majlis Perjumpaan dengan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Kerja Raya di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya.

Dalam ucapannya, Datuk Thomas George menceritakan bahawa beliau berasa gembira menjadi penjawat awam di negara ini. Beliau amat berpuas hati kerana dapat berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Y.Bhg. Dato’ Hj Nasir Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) turut memberi ucapan dalam majlis tersebut. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti yang telah Y.Bhg. Datuk Thomas George curahkan sepanjang beliau berada di Kementerian Kerja Raya.

Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya menyampaikan cenderahati daripada warga Kementerian Kerja Raya kepada Y.Bhg. Datuk Thomas George sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Kementerian Kerja Raya.

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 21 Oktober – REAM (Road Engineering Association of Malaysia) telah menganjurkan Majlis Makan Malam REAM “Safe Roads Save Lives” di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.
REAM adalah satu badan organisasi untuk mewakili perikatan kejuruteraan jalan  di Malaysia dan menjadi penghubung antara pihak kerajaan dan swasta dalam aktiviti meningkatkan tahap keselamatan khususnya orang awam. Bagi mengeratkan hubungan semua pihak yang berkaitan dengan aktiviti REAM, Majlis Makan Malam ‘Grand Dinner 2011’ telah dianjurkan baru-baru ini.
Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor telah merasmikan Majlis Makan Malam REAM tersebut. YB. Menteri dalam ucapannya berkata, beliau meminta pihak konsesi agar lebih efisyen dalam melaksanakan tugas untuk pembangunan negara demi keselesaan rakyat.
REAM menyediakan ‘Bantuan Dana Kewangan Pendidikan’ kepada para pelajar yang terpilih. Bagi mahasiswa kejuruteraan pula, mereka dianugerahkan dengan Anugerah Presiden REAM untuk meningkatkan lagi motivasi mereka di alam pekerjaan nanti.
Turut menyerikan Majlis Makan Malam tersebut adalah Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Mohd Noor bin Yaacob, Presiden REAM, Dato’ Ir. Haji Hamizan Bin Mohd Inzan, Pengerusi Majlis Makan Malam REAM, pegawai-pegawai dari Kementerian, agensi dan swasta.

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 19 Oktober 2011- Kementerian Kerja Raya telah menganjurkan Hari Inovasi 2011 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Hari Inovasi 2011 Kementerian Kerja Raya telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia.
Selaras dengan tema Hari Inovasi 2011 pada tahun ini iaitu ‘Inovasi Penggerak Transformasi’, pelbagai program menarik telah diaturkan antaranya Pameran Inovasi yang disertai oleh bahagian-bahagian dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya, Ceramah Inovasi bertajuk ‘Kuasa Minda Positif’ oleh Dr. Yusof bin Rabu (Pro Mind Solutions) dan Persembahan Multimedia. Larian Inovasi juga turut diadakan pada 18 Oktober 2011 sehari sebelum Majlis Perasmian Hari Inovasi yang turut disertai oleh warga KKR.
Acara kemuncak Hari Inovasi 2011 adalah Penyampaian Anugerah-Anugerah Inovasi Tahun 2011 oleh YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor. Sebanyak 6 anugerah telah diberikan dalam usaha pihak pengurusan menghargai dan memberi pengiktirafan kepada warga Kerja Raya yang telah menunjukkan prestasi dan pemahaman yang mendalam terhadap pengurusan yang berkualiti dan berinovasi.
Penerima Anugerah Tokoh Kerja Raya (ATKR) Tahun 2011 adalah Sr. Amran bin Mohd Majid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Bagi Anugerah Khas Menteri Kerja Raya (AKMKR) Tahun 2011, penerimanya adalah Encik Mahaindran a/l Kristnan, Jurutera  Awam Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
YB. Menteri juga mengambil kesempatan melawat ke tapak Pameran Inovasi yang diadakan di dalam dewan.
Turut hadir, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Y.Bhg. Dato’ Haji Nasir Bin Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim, Ketua Eksekutif  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Image removed.Kuala Lumpur, 18 Oktober 2011- Majlis Perasmian Pusat Rujukan Jalan Negara (PRJN) telah diadakan pada 18 Oktober 2011. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Thomas George, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Perpustakaan Kementerian Kerja Raya telah dibuka pada pertengahan tahun 2006. Selaras dengan perkembangan dan cabaran persekitaran serta peneraju kementerian tentang perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan jalan maka Perpustakaan Kementerian Kerja Raya ini telah ditukar nama kepada Pusat Rujukan Jalan Negara pada awal 2010. PRJN di letakkan di bawah seliaan Bahagian Perancangan Jalan (BPJ).

Penubuhan Pusat Rujukan Jalan Negara ini menjadi platform Kementerian Kerja Raya sebagai peneraju di dalam industri pembinaan khususnya menjadi pusat rujukan utama sumber maklumat pembangunan jalan yang diiktiraf di Malaysia.

Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Rujukan Jalan Negara adalah Perkhidmatan Atas Talian (Web Opac), Perkhidmatan Atas Talian (Sistem Keselesaan Jalan Raya, Lokasi Kemalangan, Tempoh Perjalanan dan Isipadu Trafik), Bilik Tayangan, Ruang Pameran dan Pemanduan secara simulasi mengikut standard geometri terpilih.

Tempahan bahan dan pembaharuan pinjaman serta pencarian bahan boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman web PRJN iaitu http://elibrary.kkr.gov.my/.