Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

Image removed.Kuala Lumpur, 13 Februari 2012 - Majlis Jamuan Makan Malam YB Menteri Kerja Raya Dengan Penggiat Industri telah diadakan pada 13 Februari 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2012. Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor telah memberi ucapan dalam Majlis Jamuan Makan Malam tersebut.

Turut menyerikan Majlis Jamuan Makan Malam itu adalah Ketua Setiausaha KKR, YBhg Datuk Himmat Sigh, Ketua Eksekutif CIDB, Dato’ Sri Ir Dr. Judin Bin Abd Karim, pegawai-pegawai dari Kementerian dan agensi serta 36 orang wakil penggiat industri pembinaan. YB Menteri juga telah menyarankan agar para penggiat industri dapat memberi keutamaan kepada penggunaan kaedah IBS di dalam melaksanakan projek-projek Kerajaan dan swasta memandangkan tahap penggunaan IBS tersebut adalah masih rendah.

Di samping itu, YB Menteri menyeru supaya syarikat-syarikat pembinaan perlu membuat transformasi dengan menerokai bidang-bidang baru seperti sektor minyak dan gas yang menawarkan peluang yang sangat banyak hasil dari pelaburan oleh syarikat-syarikat minyak utama seperti PETRONAS dan Shell.

 

|Galeri Foto|

Image removed.Petaling Jaya, 19 Januari – Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 19 Januari 2012 bertempat di Depoh Penyelenggaraan, Kompleks Operasi Litrak yang dirasmikan oleh YB. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Y.Bhg Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR berkata, peruntukan termasuk RM 16.35 juta bagi menambahbaik 40 lokasi di jalan persekutuan manakala RM 1.27 juta untuk 15 lokasi di lebuh raya yang dilaksanakan secara komited oleh agensi pelaksanaan melibatkan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Lebuhraya pada tahun ini bertemakan "Selamatkan Nyawa Anda : Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang", yang mana secara jelas memfokuskan kepada usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai pemasangan serta pemakaian tali pinggang keledar belakang.

Turut hadir Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Hj. Wan Yaacob, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Salleh Bin Yusop, Yang Dipertua Majlis Keselamatan Jalan Raya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En Sazally Saidi, Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK serta pegawai-pegawai kanan dari kementerian serta agensi.

 

|Foto Galeri|

Image removed.Tampin, 19 Januari – Mulai tahun ini, projek penyelenggaraan bagi Jalan Persekutuan yang baru di seluruh Malaysia akan memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan melalui sistem tender terbuka dan tidak lagi diberikan terus kepada syarikat konsesi.

Menteri Kerja Raya YB. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kira-kira 14,100 kilometer Jalan Perseketuan yang diselenggarakan oleh tiga syarikat konsesi sejak 2001 dan akan tamat pada 15 Februari 2016.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tampin, hadir ke Dewan Majlis Daerah Tampin dan Kampung Baru Cina, bagi menyampaikan bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan memberi sumbangan ikhlas berupa hamper kepada penduduk Tampin sempena Tahun Baru Cina.

 

|Foto Galeri|

Image removed.Putrajaya, 5 Januari – YB. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengadakan lawatan ke Tapak Pembinaan Projek Institut Kanser Negara bertempat di Putrajaya bersama Menteri Kesihatan, YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai.

Projek ini merangkumi pembinaan satu (1) blok bangunan hospital utama yang menempatkan 252 katil pesakit termasuk empat (4) tingkat podium, dua (2) tingkat besmen dan tujuh (7) tingkat blok wad. Pembinaan telah dimulakan pada 1 September 2010 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2013.

Semasa bercakap kepada pemberita, YB. Menteri menjelaskan peruntukan rolling plan pertama RMke - 10 KKR, sebanyak 300 buah projek telah diluluskan dengan siling sebanyak RM5.83 bilion. Projek ini merangkumi 233 projek sambungan dari RMke - 9 dan 67 lagi projek baru.

Turut hadir di majlis tersebut adalah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Y.Bhg. Datuk Kamarul Zaman bin Md Isa dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua kementerian.

 

|Galeri Foto|

Image removed.Sarawak, 16 Disember- Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato' Yong Khoon Seng telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Jalan tuju ke Jambatan Batu Kawa, Kuching Fasa 2. Jalan tuju ini akan dibina dengan kos RM 27.2 juta dan dijangka siap dalam 18 bulan akan datang pada bulan Jun 2013.

Projek bagi Fasa 2 adalah untuk menaiktaraf jalan tuju ke Jambatan Batu Kawa dengan menaiktaraf jalan sediaada 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala dan juga untuk membaikpulih Jambatan Batu Kawa yang asal supaya setaraf dengan jambatan yang baru dibina. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menjelaskan bahawa kerajaan amat prihatin dan mengambil berat tentang masalah kesesakan lalulintas dan kesannya pada penduduk Batu Kawa. Kerajaan akan terus berusaha dan komited dalam menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi melengkapkan jaringan jalan dan seterusnya merancakkan lagi pembangunan ekonomi khasnya di bahagian Kuching dan amnya di negeri Sarawak.

Turut hadir, YB. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Sukan dan Perhubungan Negeri Sarawak, Y.Bhg. Dato’ Haji Nasir bin Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan kerajaan negeri Sarawak.

Image removed.Kuala Lumpur, 11 Disember- Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Kejohanan Futsal JKR WPKL 2011 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kuarters Batu JKR di Batu 4 1/2 , Jln Sg Besi Kuala Lumpur.

Kejohanan futsal ini adalah bersempena dengan penyiapan Kuarters baru JKR di Sg. Besi dan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta merapatkan lagi ukhwah antara JKR WPKL dan agensi-agensi lain yang bernaung di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Johan telah dimenangi oleh pasukan KKR ‘B’ manakala naib johan telah dimenangi oleh pasukan LLM ‘A’.Hadiah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya!.

|Galeri Foto|

Image removed.Image removed.Kuala Lumpur, 8 Disember- Sebagai tanda penghargaan, satu majlis meraikan semua yang telah terlibat dalam menjayakan Portal KKR dan Buku Laporan Tahunan Kementerian telah diadakan di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh dalam ucapannya, merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas segala usaha dan kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan Portal KKR mendapat 5 bintang dan memenangi tempat ketiga bagi Buku Laporan Tahunan Kementerian. Seterusnya, beliau telah menyampaikan sijil kepada semua yang terlibat.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), pegawai-pegawai kanan serta kakitangan yang diraikan.

|Foto Galeri|

Image removed.Purwakarta, 8 Disember- Plus Expressways Bhd. (PLUS) akan membina lebuh raya bertol pertama di Indonesia setelah lima tahun menanti. Menjelang tahun 2014,

Lebuh Raya Cikampek - Palimanan di Jawa Barat sejauh 116 kilometer akan memenuhi keperluan sistem pengangkutan darat republik itu dan direalisasi dengan rakan kongsi tempatan. Lebuh Raya Cikampek - Palimanan merupakan sebahagian daripada laluan penting di Lebuh Raya Trans Jawa iaitu koridor perhubungan darat di Kepulauan Jawa. Perolehan tender membina Lebuh Raya Cikampek - Palimanan bernilai RM 4.6 bilion itu diperoleh oleh PT Lintas Marga Sedaya (LMS) iaitu syarikat gabungan antara PLUS dengan rakan kongsi tempatan PT.Bashakara Utama Sedaya (BUS).

Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Cikampek - Palimanan, dua lorong setiap hala akan dimulakan pada bulan Mac tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh masa 30 bulan.

Upacara pecah tanah pembinaan lebuh raya ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor dan rakan sejawatannya, Djoko Kirmanto di Indonesia.

 

|Galeri Foto|

Image removed.Kuala Lumpur, 6 Disember- Satu majlis sempena Meraikan Penjawat Awam yang Bersara 2011 telah diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan ikhlas di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam khususnya di Kementerian Kerja Raya.

Pesara-pesara yang diraikan terdiri daripada seorang kakitangan profesional dan kakitangan sokongan. Majlis turut mengucapkan takziah di atas pemergian salah seorang pesara kementerian iaitu Allahyarham Mahamud Bin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah ketika menunaikan haji. Hadir sebagai wakil adalah isteri Allahyarham.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Datuk Himmat Singh, turut memberi ucapan dalam majlis tersebut. Beliau merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pesara yang diraikan di atas bakti yang telah diberikan bermula dari awal dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan. Sesungguhnya, jasa yang ditaburkan di kementerian ini amat besar maknanya dan akan terus dikenang. Y.Bhg. Datuk Himmat Singh turut berbesar hati menyampaikan cenderahati daripada warga Kementerian Kerja Raya kepada pesara-pesara.

Turut hadir, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Y.Bhg. Dato’ Hj Nasir Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), pegawai-pegawai kanan serta kakitangan kementerian.

|Galeri Foto|

Image removed.Putrajaya – 1 Disember, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah dianugerahkan sebagai Portal 5 Bintang dalam Seminar “Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011” yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis penganugerahan ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan dan seterusnya beliau telah menyampaikan Sijil Portal 5 Bintang kepada Y. Bhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR.

Portal KKR telah dinilai sebagai Portal 5 Bintang menerusi Penilaian Utama yang dilakukan oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi tahun 2011 dengan markah keseluruhan sebanyak 96 berbanding 76 pada tahun 2010. Portal KKR menduduki kedudukan ke-8 daripada 87 portal (43 portal persekutuan dan 44 diperingkat negeri) dan kedudukan yang ke-5 di kalangan 25 kementerian).

Selain portal KKR, portal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) juga turut menerima sijil sebagai Portal 5 Bintang.  

|Galeri Foto|