Lojing, 7 Januari 2024 – Dalam memastikan jaringan jalan sentiasa terhubung, Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi meninjau kemajuan kerja pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular atau Jambatan Bailey di Jalan Dabong – Jeli, Jajahan Jeli, Kelantan. Tinjauan turut dilaksanakan di beberapa lokasi Laluan Persekutuan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir dan kerap menerima aduan dari pengguna jalan raya.