Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Konvensyen Lembaga Jurutera Malaysia 2023 Bertemakan “Engineering ESG for the Nation”

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023 – Hari ini telah bermula Konvensyen Lembaga Jurutera Malaysia 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Ia bertemakan “Engineering ESG (Environmental, Social & Governance) for the Nation” yang telah mengumpulkan lebih 400 orang peserta secara fizikal dan 1,000 orang peserta secara maya.

Sesi Penjurian Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2023 Hari ini telah berlangsung sesi penjurian Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 di Kementerian Kerja Raya yang telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad bersama Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri Bin Embong.

Pelaksanaan Program Jelajah Explorasi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

SARAWAK, 15 OGOS 2023 – Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, YB. Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah turun padang untuk menyertai Program Jelajah Explorasi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada 14 Ogos dan 15 Ogos 2023.

Pelancaran IBS Homes Catalogue dapat meningkatkan kualiti sistem IBS dalam sektor pembinaan negara

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2023 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir dalam pelancaran IBS Homes Catalogue dan pameran IBS Homes yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hari ini. Ia dijangka dapat merevolusikan penggunaan IBS dalam landskap perumahan mampu milik di Malaysia. Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid.

Penambahan Tempat Teduhan Penunggang Motosikal

Kota Damansara, 4 Ogos 2023 – Menteri Kerja Raya (KKR), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah membuat tinjauan di salah satu lokasi tambahan teduhan motosikal di Persimpangan Kota Damansara, Lebuhraya NKVE bagi melihat kerja-kerja penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia. Turut hadir bersama-sama ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Bin Harun, Pengarah Urusan PLUS Malaysia, YBhg. Datuk Airina Nik Jaffar dan wakil Syarikat PROLINTAS Sdn. Bhd, Ir.

Sistem Pembayaran Tol Terbuka Dapat Memudahkan Pengguna Lebuh Raya.

Putrajaya, 2 Ogos 2023 - Selaras dengan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September 2023. Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini mengadakan lawatan bagi memantau pengujian sistem tersebut di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

KKR Peneraju Kajian Skim Perkhidmatan Kluster Teknikal

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian Kerja Raya yang diterajui Dato’ Seri Haji Hasnol Zam Zam Bin Haji Ahmad di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya (KKR).

Subscribe to