Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR- Kementerian Kerjaraya akan menyempurnakan semua projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta yakin membelanjakan 99.9 peratus daripada peruntukan RM 20 bilion yang disediakan untuk kementerian ini.

Menterinya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata semua projek yang dikawal selia Jabatan Kerja Raya (JKR) berjalan  lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Selain projek yang sememangnya menjadi tanggungjawab JKR kita melaksanakan pembinaan bagi kementerian lain apabila ada permintaan secara keseluruhan, kita kini bertanggungjawab terhadap 6,123 projek bernilai RM 65 bilion.

"Daripada jumlah ini, 1,806  projek sudah dilaksanakan, 548 projek siap dibina dan 3,769 projek dilaksanakan, membabitkan 5,969 projek bernilai kurang RM 100 juta, manakala 154 projek melebihi kos RM 100 juta.

"Jumlah yang ditender ialah 2,354 projek dan 340 lagi akan ditender pada masa terdekat manakala 3,429 projek lagi masih dalam perancangan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, disini semalam.

Sebelum ini, beliau mengumumkan Kementerian Kerjaraya sudah mengambil alih dan menyiapkan 542 projek ,sakit dalam projek serta prestasi  kontraktor.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian