Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR -  Empat Hentian Rehat dan Rawat R & R dari Perak menguasai pertandingan kawasan  riadah paling cantik di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan.

R&R Tapah (Arah Selatan) sekali lagi dipilih sebagai R&R terbaik dengan kreativiti penggunaan rempah ratus, pinggan dan sudu plastik.

Kemenangan itu membolehkan pengurusan R & R Tapah membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan serta piala pusingan.

Menurut Penghulu R&R Tapah Arah Selatan, Shamsul Razif Jaafar, Mereka mengambil masa hampir sebulan untuk menghiasi kawasan tersebut menerusi penggunaan bahan-bahan terpakai dengan kos RM5,000.

"Pengusaha gerai turut membantu dengan menyumbang RM400 seorang," katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan itu oleh Pengurusi PLUS Expressways Berhad (PLUS), Tan Sri Datuk Mohd. Sheriff Mohd. Kassim di sini semalam.

Shamsul berkata, mereka turut mencipta Jalur Gemilang Menggunakan 1,330 pinggan plastik dan 2,660 sudu plastik selain logo Hari Kemerdekaan ke-50.

Tempat kedua dimenangi oleh  R & R Tapah (Arah Utara) dengan hadiah RM3,000 manakala R & R Gunung Semanggol (Arah Selatan) di tempat ketiga bersama hadiah RM2,000.

Anugerah Khas Juri milik R & R Bukit Gantang (Arah Selatan) dengan hadiah RM3,000.

Pertandingan yang bermula pada tahun 2000 itu berlangsung dari 17 Ogos hingga 16 September lalu dengan penyertaan 23 R & R dan sembilan Hentian Sebelah yang telah naik taraf

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro