Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Plus Expressways Berhad, Operataor Utara-Selatan akan menyediakan  laluan kontra ke utara tanah air antara Kilometer 402.25 dan Kilometer 445.55 di lebuhraya Utara-Selatan bagi memudahkan dan mempercepatkan perjalanan pengguna yang ingin balik ke kampung halaman pada hari raya Aidilfitri ini. 

Pengarah Urusan syarikat konsesi itu, Noorizah Abd Hamid berkata, laluan tambahan ke utara dari ibukota itu akan beroperasi mulai hari ini dari pukul 3 petang sehingga tengah malam 14 Oktober.

"Kami sediakan laluan tambahan ini untuk elak pengguna tersangkut dalam kesesakan lalu lintas berikutan lorong ketiga laluan dari ibukota ke Utara yang sepatutnya mampu mengurangkan kesesakan masih belum siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan laluan kontra itu, laluan perjalanan ke selatan di kawasan itu akan dikurangkan daripada tiga lorong, memjadi dua.

Ketiga-tiga lorong itu hanya dibuka sepenuhnya pada 15 Oktober.

Noorizah berkata Plus dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan AMP Radio Networks turut menyediakan senarai waktu-waktu perjalanan yang dicadangkan, di Lebuhraya Utara-Selatan.

Beliau berkata bertujuan menasihati pengguna dari Lembah Kelang agar balik kekampung mengikut waktu-waktu yang disarankan, serta menggalakkan perjalanan yang lebih selamat dan efisien untuk mengurangkan kesesakan.

"Kami akan edarkan waktu-waktu perjalanan ini di Lebuhraya Utara-Selatan, dan pengguna juga boleh memperolehi jadual ini di laman web www.plus.com.my," katanya.

Selain daripada menyediakan laluan kontra dan waktu perjalanan, Plus turut menyediakan perkhidmatan info trafik Plus.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian