Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR- Plus Expressway berhad (PLUS) sudah bersiap sedia menghadapi masalah trafik berikutan kira-kira 3.6 juta kenderaan akan melalui Lebuhraya Utara-Selatan mulai esok hingga Sabtu ini sempena menyambut Aidilfitri

Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan jadual perjalanan yang dicadangkan pengurusan Plus bagi mengelakkan kesesakan, selain membantu mengurangkan risiko kemalangan di musim perayaan.

"Jadaul perjalanan yang diperkenalkan ini adalah bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik," katanya pada sidang media, disini, semalam. 

Beliau berkata, Plus memperuntukkan RM 4 juta bagi menyediakan SMS Plus Mobile Alert (PlusMA) yang akan memberikan maklumat trafik khas untuk pengguna lebuh raya yang akan beroperasi mulai esok hingga Jumaat ini, manakala bagi perjalanan pulang pada 15 hingga 21 Oktober.

"SMS percuma ini membabitkan dua pakej dan pengguna boleh menaip ON<jarak>PT1/PT2/PT3 dan PT4 dan hantar ke talian 33626. PT1 merujuk kepada perjalanan dari Kuala Lumpur ke utara, PT2 (Kuala Lumpur ke Selatan), PT3 (Utara ke Kuala Lumpur) dan PT4( Selatan ke Kuala Lumpur).

"Orang ramai juga boleh mendengar maklumat terkini aliran trafik menerusi lapan siaran radio  iaitu  Era, My FM, Hitz.fm, Mix fm, LiteFM, Sinar,Xfresh, THR Raaga dan THR Gegar.

"Selain itu, 117 pasukan PlusRonda ditugaskan mengawal trafik dan memberi bantuan kepada pemandu yang terkandas. 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro