Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Berhad, operator Utara-Selatan akan menyediakan laluan kontra ke Utara tanah air di antara Kilometer 402.25 dan kilometer 445.55 di lebuh raya Utara-Selatan bagi memudah dan mempercepatkan perjalanan pengguna yang ingin balik ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah urusan syarikat konsesi itu Noorizah Abu Hamid berkata, laluan tambahan ke Utara dari ibu kota itu akan beroperasi mulai hari ini dari pukul 3 petang sehingga tengah malam 14 Oktober.

"Kami sediakan laluan tambahan ini untuk elak pengguna tersangkut dalam kesesakan lalulintas berikutan lorong ketiga laluan dari ibu kota ke Utara yang sepatutnya mampu mengurangkan kesesakan masih belum siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, berikutan pelaksanaan laluan kontra itu, laluan perjalanan ke Selatan di kawasan itu akan dikurangkan daripada tiga lorong, menjadi dua.

Ketiga-tiga lorong itu hanya dibuka sepenuhnya pada 15 oktober.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo