Langkau ke kandungan utama

SEMPENA musim perayaan kali ini, had laju di jalan persekutuan akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer sejam.

Ia akan berkuat kuasa daripada 6 hingga 12 November ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, Pelbagai langkah dan pendekatan telah diambil oleh pihak Kementerian Kerja Raya dalam menangani masaalah kematian dan kemalangan jalan raya.

Selain itu ujarnya, cadangan Waktu Perjalanan (Time Travel Advisory) yang disediakan oleh di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dilaksanakan bagi melancarkan perjalanan trafik serta mengelakkan kesesakan di lebuhraya.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) turut menubuhkan pasukan pronda yang akan memantau sebarang kemalangan dan kerosakan serta turut menjalankan rondaan di laluan-laluan bahaya yang dikenalpasti," jelasnya.

Selain itu, katanya, semua kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan akan dihentikan sementara bermula 8 hingga 21 Oktober bagi melancarkan perjalanan kenderaan.

Tambah Samy, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan arahan kepada kontraktor bagi melarang pergerakan kenderaan berat dan memberhentikan kerja-kerja di tapak binaan sempena musim perayaan.

"Lorong ketiga di Lebuhraya Utara-Selatan akan dibuka dan beroperasi sepenuhnya untuk laluan di antara Seremban dan Ayer Keroh, manakala bagi laluan Rawang ke Tanjung Malim, laluan ketiga di buka untuk arah Selatan" ujarnya.

Menurutnya, selain itu sebanyak 16 menara pemerhati polis telah didirikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu pihak polis DiRaja Malaysia menjalankan aktiviti penguasaan.

Jelas Samy, antara usaha lain yang dibuat ialah pihak Lembang Lebuhraya Malaysia (LLM) termasuklah mengarahkan beberapa syarikat konsesi yang terlibat menyediakan pengawal bendera di sepanjang lebuh raya lokasi terpilih bagi meningkatkan kesedaran pengguna lebuh raya.

Justeru, langkah dan pendekatan yang diambil dapat mengurangkan kadar kemalangan disamping dapat menyelaras pengurusan lalu lintas yang cekap di laluan-laluan kritikal.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian