Langkau ke kandungan utama

PERKHIDMATAN e-Aduan yang disediakan dalam portal Kementerian Kerja Raya (KKR) telah dilancarkan pada 5 April 2007 membolehkan orang ramai membuat aduan yang berkaitan dengan KKR secara elektronik.

Antara aduan yang boleh disalurkan melalui e-Aduan ialah yang melibatkan masalah seperti jalan rosak, berlubang, tidak rata, dan tidak siap, perabut jalan seperti pembahagi: lampu trafik rosak dan lampu jalan: jambatan dan perkhidmatan kakitangan.

Semua aduan yang diterima akan disalurkan kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk diselesaikan dan pengadu boleh menyemak  status aduan yang telah dibuat melalui portal tanpa mengira masa dan tempat mereka berada.

Perkhidmatan ini juga merupakana satu sistem aliran kerja untuk membantu pihak kementerian menguruskan aduan-aduan awam. Ia mengandungi modul-modul berikut :

- Mewakilkan aduan kepada pegawai bertanggungjawab.

- Penyelesaikan aduan oleh pegawai bertanggungjawab

- Laporan Aduan mengikut kategori aduan, sumber aduan status aduan dan tempoh masa penyelesaian aduan.

Secara keseluruhnya e-Aduan bukan sahaja memudahkan orang ramai membuat aduan secara dalam talian, malah ia juga membantu pihak kementerian dalam pengurusan rekod aduan secara lebih efisien, membuat carian dan capaian aduan dengan lebih cepat, tepat dan sistematik

Berdasarkan kepada laporan aduan awam mengenai Kementerian Kerja Raya didapati sebanyak 296 aduan dikesan sepanjang bulan September. Kebanyakan mengemukakan aduan mereka melalui laman web e-Aduan.

Kementerian juga mendapati, kebanyakan aduan tidak berasas berpunca daripada maklumat pengadu tidak lengkap kerana ia dibuat secara rambang, prasangka, tuduhan, dakwaan dan tohmahan. Di samping itu aduan juga terlampau umum dan menyukarkan agensi untuk mengambil tindakan.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia