Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR- Lencongan Trafik Sementara di Jalan Semenyih yang dibuka sebelum ini akan dilanjutkan lagi untuk tempoh tiga bulan iaitu sehingga tahun depan.

Pihak Pengurusan Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dalam satu kenyataan semalam memberitahu lencongan sementara yang sedia ada itu akan dilanjutkan mulai pukul 10 pagi semalam hingga 31 Januari 2008 nanti.

"Tempoh perlanjutan pada lencongan itu melibatkan jalan berhampiran pasar raya Billion dan Jabatan Pengangkutan Jalan Semenyih.

Ia bertujuan bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Kajang Seremban dan juga kerja-kerja menaik taraf Jalan Kajang-Semenyih yang sedia ada dijalankan dengan cepat dan berkesan tanpa sebarang ganguan,"kata Ketua Pegawai Eksekutif, Lekas, Neoh Soon Hiong dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, para pengguna  diminta supaya mematuhi arahan papan tanda yang disediakan bagi melancarkan lagi kerja-kerja pembaikan selain menjamin keselamatan pengguna setiap hari.

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo