Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA LUMPUR, 17 September - Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi di bawahnya iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah menganjurkan satu persidangan antarabangsa iaitu International Sustainable Infrastructure and Built Environment 2013 bersempena dengan penganjuran pameran antarabangsa Ecobuild Southeast Asia 2013. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Persidangan tersebut yang bertemakan "Driving Sustainability And Resiliency In Infrastructure And Urban Cities Development" akan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur mampan, selain daripada membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kesan pembangunan ke atas alam sekitar di peringkat global.

Pameran Ecobuild Southeast Asia 2013 yang bermula dari 17 hingga 19 September 2013 ini pula adalah gabungan tiga pameran utama, iaitu Greenbuild Asia 2013, Solarasia Expo 2013 dan Ecolight Asia 2013.  Ia bertujuan untuk mendedahkan dan menggalakkan penggiat industri mengguna pakai teknologi baru dan terkini serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pembinaan mampan di rantau ini.

1

KUALA LUMPUR, 13 September – Selaras hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia yang mahu setiap penjawat awam menjadi agen transformasi paling hadapan di antara rakyat dan kerajaan, warga Kementerian Kerja Raya (KKR) diingatkan supaya memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah berkualiti dan memenuhi ekspektasi pelanggan serta dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Selain itu, seluruh warga perlu mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan dengan bijak.

Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof berkata demikian sewaktu Perhimpunan Bulanan KKR bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid hari ini. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian, warga KKR dan wakil daripada Jabatan dan Agensi.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

KUALA LUMPUR, 10 September – Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013 (Rail Business Asia 2013) merupakan acara industri rel bersepadu bertaraf antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan MiGHT.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  hari ini.  Sebanyak 30 exhibitor dari dalam dan luar negara seperti Perancis, Jerman, Sepanyol dan Republik Korea terlibat berkongsi ilmu industri rel dan 16 kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar dalam bidang rel dari dalam dan luar Negara.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Datuk Himmat Singh, Pengerusi CIDB, YBhg. Datuk Ir. Hamzah Hasan dan YBhg. Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, pengerusi SPAD.

1

Kunjungan Hormat Pengarah Bahagian ITS Korea Selatan terhadap YB Timbalan Menteri Kerja Raya.

KUALA LUMPUR, 9 September - Encik Lee Yong Wook, Pengarah Bahagian Intelligent Transport System (ITS) dan Persekitaran Jalan, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, Korea Selatan bersama delegasi seramai lapan orang pegawai telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di pejabatnya.

Perjumpaan ini turut disertai oleh pegawai dari Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Pembangunan Profesional (BAPP), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Dato’ Ir. Amir dari ITS Malaysia. Tujuan kunjungan delegasi ini adalah bagi mempromosikan teknologi ITS Korea kepada Kerajaan Malaysia.

Dimaklumkan pihak Korea Selatan turut melaksanakan sistem Multi Lane Free Flow (MLFF) dan berhasrat untuk berkongsi pengalaman dalam implementasi MLFF tersebut dengan menyertai kajian pelaksanaan MLFF di Malaysia yang sedang dijalankan. Delegasi turut menjemput YB Timb. Menteri Kerja Raya dan LLM untuk mengunjungi Korea Selatan untuk menilai sistem MLFF yang telah diimplimentasi di sana.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

1

Mesyuarat JK JPT ke-8 Projek Jambatan Sungai Pandaruan

KUALA LUMPUR, 7 September – Delegasi dari Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Joint Project Team (JPT) ke-8 bagi Projek pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan di Kompleks Kerja Raya hari ini.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan laporan kemajuan kerja pembinaan jambatan, status Jalan Tuju Malaysia dan Brunei Darussalam serta beberapa perkara berhubung kait dengan projek ini.  Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya iaitu YBhg. Datuk Himmat Singh manakala delegasi Brunei Darussalam pula diketuai Yang Mulia Abdul mutalib bin POKSS DP Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan.  Pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan ini hampir siap dan dijangka dibuka kepada pengguna pada bulan Disember tahun ini.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

 

 

1

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama YB Menteri Kerja Raya telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid hari ini.  Pada majlis ini seramai 40 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Damansara telah dirai dan sumbangan derma telah disampaikan oleh YB Datuk Fadillah Yusof bersama-sama YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian. 

YB Menteri dan isteri telah beramah mesra dengan para tetamu yang hadir selain melawat taska yang menempatkan anak-anak warga KKR.  Turut memeriahkan majlis ialah persembahan daripada artis seperti Bob AF, Zarina AF serta kemunculan Zizan Raja Lawak.

1

KOTA KINABALU, 16 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin, telah mengadakan satu taklimat berhubung Lebuhraya Pan Borneo kepada para media dari negeri Sabah. Ini bertujuan memberi penjelasan dengan lebih mendalam dan terperinci berhubung Lebuhraya ini selain menjawab persoalan yang diutarakan oleh para media sewaktu sesi soal jawab. Turut menyampaikan taklimat ialah Encik Mohammad Azlan Mon Jamaluddin, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, dan Ir. Ali Ahmad Hamid, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Lebuhraya JKR Sabah. Seramai 30 orang ahli media telah hadir mendengar taklimat ini.

1

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013 telah diadakan di hadapan Bangunan Perbadanan Putrajaya hari ini. Majlis anjuran bersama JPJ, JKJR dan Perbadanan Putrajaya ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Kementerian Wilayah persekutuan Malaysia (KWP) Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Tetamu kehormat majlis ini ialah YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Senator Dato’ Dr. Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Putrajaya, YB Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya, Ketua Pengarah JPJ YBhg. Dato’ Ismail dan Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya YBhg. Datuk Dr Tam Weng Wah.

1

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof telah melancarkan pasukan Rakan Ronda sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) bertempat di Persada PLUS, Persimpangan bertingkat Subang, Lebuhraya NKVE, hari ini.

Matlamat utama pengwujudan Rakan Ronda ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya dan lebuh raya di samping menyampaikan maklumat-maklumat trafik seperti kesesakan luar jangka, kemalangan dan kerosakan kenderaan. Rakan Ronda juga boleh mengemukakan aduan berkaitan perkhidmatan di jalan raya dan lebuh raya .

Semua pengguna boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia, di talian 1-800-88-7752 dan melalui media sosial Facebook, www.facebook.com/rakanrondalebuhraya, Twitter, www.twitter.com/LLMinfotrafik , emel , LLMTMC@llm.gov.my  atau talian 1MOCC, 03-8000 8000. Pusat Pengurusan Trafik LLM ini akan beroperasi  24 jam setiap hari, sepanjang tempoh Ops Selamat.

1

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan anak syarikatnya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat multinasional bagi latihan kemahiran kepada belia dan juga personel binaan. Syarikat tersebut adalah Monier, pengeluar jubin bumbung, Akzo Nobel, pengeluar cat ICI Dulux dan GroupAssociated, pengeluar penghawa dingin York. Pada majlis ini, CIDB turut menandatangani MoU bersama dua Agensi Berkaitan Kerajaan iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bertujuan menarik minat graduan lepasan universiti dan pesara tentera menceburi serta meningkatkan kemahiran dalam industri pembinaan. Upacara ini disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian dan YBhg. Datuk Hamzah Hasan, Pengerusi CIDB.