Langkau ke kandungan utama

Berita KKR

 

 

1

KUALA TERENGGANU, 27 Mei – YB. Datuk Fadillah Yusof telah mengadakan lawatan kerja pertamanya sebagai  Menteri Kerja Raya ke Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) hari ini bertujuan meninjau kemajuan kerja projek ini. Turut hadir ialah Exco Kerajaan Terengganu, YB. Ir. Rosli bin Othman (Pengerusi JK Kerja Raya dan Pengangkutan), YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR, Ketua Pengarah Agensi dan Pengurusan tertinggi KKR serta pegawai kanan JKR.  

Program ini dimulakan dengan taklimat Projek LPT2 oleh Pengarah Pembinaan, YBrs. Tuan Ir. Adnan Ibrahim bertempat di Pejabat LPT2, Kuala Terengganu.  Lawatan kerja dimulakan dengan meninjau kawasan Plaza Tol Kuala Terengganu dan seterusnya menyusuri jajaran dari Pakej 12 ke Pakel 9B sejauh 86.96km.  YB. Menteri dan delegasi kemudian melawat Pejabat Tapak Pakej 9B sebelum bergerak pulang. 

LPT2 merupakan sambungan daripada Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan merupakan laluan alternatif bagi Jalan Persekutuan 14 dan Jalan Persekutuan 3.  Kerajaan telah bersetuju melaksanakan projek ini bermula Julai 2004, dari Jabor ke Kuala Terengganu (Kampung Gemuruh) sepanjang lebih kurang 184 km.  Pembinaan LPT2 dilaksanakan melalui 12 pakej utama dan berdasarkan kepada penjadualan semula, keseluruhan projek ini dijangka akan siap dan dibuka sepenuhnya kepada lalulintas seawalnya pada pertengahan tahun 2014.     

1

KUALA TERENGGANU, 27 Mei – Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Fadillah Yusof telah merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2013 hari ini bertempat di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Pada majlis ini, YB. Menteri turut sudi menyampaikan anugerah kepada para penerima yang terpilih.  Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik, Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik, Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik, Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik dan Anugerah Kontraktor Cemerlang.

Dalam ucapan perasmiannya, YB. Menteri menyeru kepada warga JKR supaya bersama-sama berganding bahu sebagai satu organisasi yang padu, menanam azam dan semangat yang gigih untuk meningkatkan produktiviti dengan pencetusan idea inovasi yang lebih kreatif ke arah keunggulan JKR.

Mesyuarat tahunan ini diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mei 2013 dengan bertemakan ‘Pencetus Inspirasi, Penjana Transformasi’.  Pelbagai aktiviti diatur, antaranya sesi dialog, pembentangan kertas kerja, pameran dan lawatan teknikal.  Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Exco Kerajaan Terengganu, YB. Ir. Rosli bin Othman (Pengerusi JK Kerja Raya dan Pengangkutan), YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Ir. Mohd Noor Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua Pengarah Agensi dan Pengurusan tertinggi KKR serta pegawai kanan JKR.   

1

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Sebagai menghargai perkhidmatan para pemandu di Kementerian Kerja Raya (KKR), pihak pengurusan atasan melalui YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR telah berbesar hati meluluskan permohonan untuk menyediakan satu bilik persinggahan pemandu.  Bilik ini terletak di tingkat bawah Blok B, Kompleks Kerja Raya dan mula beroperasi pada awal Februari tahun ini.

Berhubung perkara tersebut, satu majlis merasmikan Bilik Rehat Pemandu telah diadakan pada hari ini oleh YBrs. Encik Sarani bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KKR.  Menurut beliau, bilik tersebut merupakan satu kemudahan kepada para pemandu supaya mereka dapat berehat dengan selesa serta ia merupakan satu tanda penghargaan atas perkhidmatan mereka yang dilihat penting dalam organisasi KKR.  Harapan beliau adalah supaya para pemandu dapat menjaga kemudahan tersebut berdasarkan akujanji yang telah ditandatangani oleh setiap pemandu.

Para pemandu pula melahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberi dan ia merupakan peluang terbaik bagi semua pemandu untuk mewujudkan semangat berpasukan apabila dapat berkongsi ilmu dan pengelaman sesama mereka.  Ia dizahirkan melalui temubual bersama Encik Mohd Rozi bin Ibrahim dan melalui ucapan wakil pemandu, Encik Omar bin Yahya.  Majlis ini turut dihadiri SUB Pentadbiran, SUB Kewangan serta beberapa kakitangan yang terlibat dalam menguruskan hal ehwal pemandu.

1

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2012 bersempena dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013 telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam ini. Penganugerahan MCIEA ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa. Pada majlis ini, sebanyak 13 pemenang yang terdiri daripada lima kategori telah diraikan. Bagi kategori The Prominent Player Award, ia dimenangi oleh YBhg. Dato’ Ng Kee Leen, Pengarah Eksekutif GAMUDA Berhad. Tujuh kontraktor pula dipilih untuk kategori Contractor Awards iaitu IJM Construction Sdn Bhd. (kategori G7), Putra Sentosa Enterprise (G6), Moncheh Technology (M) Sdn. Bhd. (G5), Renoplex Sdn. Bhd. (G4), Kluang Setia Development Sdn. Bhd. (G3), 1st Builders Sdn. Bhd. (G2) dan Double R Enterprise (G1). Bagi kategori Project Awards, syarikat yang dipilih ialah Bina Puri Construction Sdn. Bhd. (Eastern Dispersal Link – EDL, Johor Bahru), Kluang Setia Development Sdn. Bhd. (Pembangunan perumahan di Kluang, Johor) dan Digione Malaysia Sdn. Bhd. (Bangunan Naza Kia Malaysia, Petaling Jaya). Anugerah International Achievement Award dimenangi oleh Sunway Construction Sdn. Bhd. (pembinaan Pembangunan Bandar Sukan Zayed, Abu Dhabi, UAE) manakala Special Award for Innovation dimenangi oleh pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (DNA Damper System). MCIEA 2012 merupakan tahun kedua belas penganjurannya dan merupakan penganugerahan kepada penggiat industri pembinaan selepas dipilih melalui satu proses penilaian yang rapi oleh jawatankuasa dan panel hakim. Menurut YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB sewaktu menyampaikan ucapan aluan, sebanyak 212 penyertaan telah diterima dan merupakan peningkatan angka daripada tahun sebelumnya. “Saya juga difahamkan angka ini tidak melambangkan peningkatan kuantiti semata-mata, tetapi juga merangkumi peningkatan kualiti pembinaan dari segi rekaan, kerja dan juga kelestarian dengan alam sekitar,” ujarnya lagi. Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Himmat Singh serta para pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

1

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Satu majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan Zon Tengah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Selangor) telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Tempoh perjanjian ini adalah selama lima tahun bermula 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2017 dan ia melibatkan tiga buah bangunan di Zon Tengah iaitu Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur dan Bangunan Persekutuan Petaling Jaya yang merupakan hak milik Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri. Syarikat yang menyelenggara perkhidmatan tersebut adalah Chulia Facilities Management Sdn. Bhd. (CFMSB). Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Haji Nasir bin Mat Dam, TKSU(Pembangunan) sebagai saksi di pihak Kerajaan. Wakil Chulia Facilities Management Sdn. Bhd. pula ialah En. Shafie, (Pengarah Urusan) dan En. Saiful Bahari bin Jalil (Pengarah) sebagai saksi di pihak Kontraktor. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian.

1

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Yong Khoon Seng hari ini bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Program anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ini berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac 2013 dengan bertemakan Transformasi.

Ucapan aluan pula telah disampaikan oleh penganjur ICW 2013 iaitu YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB. ICW 2013 merupakan pentas bagi para pemain industri binaan tempatan dan luar negara bertemu serta berkongsi maklumat, menjalin hubungan serta menjadi medan percambahan ilmu bagi amalan terbaik di dalam pembinaan. Program tahunan yang telah masuk tahun kedua belas penganjurannya ini terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu pameran, persidangan dan seminar.

Antara acara yang telah disusun oleh pihak penganjur sepanjang ICW 2013 berlangsung adalah seperti Pameran dan Persidangan Road Engineering Association of Asisa & Australasia (REAAA) keempat belas, Second Malaysia Eco-Building and Design atau lebih dikenali sebagai Eco-B, Malaysian Construction Summit kelima, Construction Research Achievement International Conference (CIRAIC) dan Construction Project Managers National Symposium 2013.

1

TAMPIN, 7 Mac – Pembinaan Hospital Tampin (Baru) dijangka dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat di daerah Tampin melalui perkhidmatan kesihatan dan rawatan khusus yang selesa selain merupakan rancangan jangka panjang selari dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat saban hari. Hospital ini merupakan gantian kepada hospital sedia ada dan dilaksanakan melalui kaedah pelaksanaan reka dan bina.

Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor yang juga ahli Parlimen Tampin telah mengadakan lawatan kerja ke hospital ini bagi meninjau kemajuan fizikal projek ini bersama-sama Menteri Kesihatan, YB. Dato' Sri Liow Tiong Lai.  Menurut beliau, projek ini merupakan salah satu projek pembangunan di bawah RMK-9 dengan kos sebanyak RM139 juta.  Skop pembinaannya meliputi satu blok bangunan dua tingkat dengan 108 buah katil pesakit, tiga blok kuarters kediaman staf, satu blok kediaman asrama jururawat dan juga tempat letak kereta berjumlah 474 lot.

Program pembinaannya adalah selama 46 bulan, bermula dari 2 Mac 2009 dan dijangka dapat disiapkan pada 31 Mac 2013 serta dijangka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 30 April 2013.  Perlaksanaan projek ini dikendalikan oleh Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang diberi tanggungjawab bagi pembinaan blok wad ini adalah Fajarbaru Builder Sdn. Bhd.

TAMPIN, 7 Mac – Pembinaan Hospital Tampin (Baru) dijangka dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat di daerah Tampin melalui perkhidmatan kesihatan dan rawatan khusus yang selesa selain merupakan rancangan jangka panjang selari dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat saban hari. Hospital ini merupakan gantian kepada hospital sedia ada dan dilaksanakan melalui kaedah pelaksanaan reka dan bina. Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor yang juga ahli Parlimen Tampin telah mengadakan lawatan kerja ke hospital ini bagi meninjau kemajuan fizikal projek ini bersama-sama Menteri Kesihatan, YB. Dato' Sri Liow Tiong Lai. Menurut beliau, projek ini merupakan salah satu projek pembangunan di bawah RMK-9 dengan kos sebanyak RM139 juta. Skop pembinaannya meliputi satu blok bangunan dua tingkat dengan 108 buah katil pesakit, tiga blok kuarters kediaman staf, satu blok kediaman asrama jururawat dan juga tempat letak kereta berjumlah 474 lot. Program pembinaannya adalah selama 46 bulan, bermula dari 2 Mac 2009 dan dijangka dapat disiapkan pada 31 Mac 2013 serta dijangka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 30 April 2013. Perlaksanaan projek ini dikendalikan oleh Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang diberi tanggungjawab bagi pembinaan blok wad ini adalah Fajarbaru Builder Sdn. Bhd.

1

KUALA LUMPUR, 26 Februari – Majlis sambutan Tahun Baru Cina 2013 peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid tengahari ini. Acara dimulakan dengan ketibaan Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor yang diiringi kumpulan tarian singa ke dalam dewan. Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Yong Khoon Seng kemudiannya telah menyampaikan ucapan dan mengakhirinya dengan mengucapkan Selamat Tahun Ular kepada para tetamu yang hadir.

Majlis diteruskan dengan semua hadirin menggaul ‘Yee Sang’ sebagai tanda bermulanya tahun yang makmur. Pada sepanjang majlis ini, para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan kaum cina seperti tarian singa, orkestra cina dan permainan yoyo cina atau diablo oleh sejumlah 38 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Hua Hin, Klang. Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai-pegawai atasan Kementerian dan Agens

1

LIPIS, 21 Februari – Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor telah mengadakan lawatan kerja ke Pakej 3: Gua Musang – Kampung Relong, Projek Central Spine Road (CSR) bagi meninjau kemajuan kerja pembinaannya dan beliau berpuas hati kerana projek ini berjalan mengikut jadual. Projek CSR yang menghubungkan Kuala Krai di Kelantan dengan Simpang Pelangai di Pahang sejauh 390 kilometer ini dibahagikan kepada enam pakej dan selepas projek ini siap kelak, tempoh masa perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan dapat disingkatkan kepada hanya empat jam berbanding lapan jam ketika ini. Pembinaan CSR ini memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan projek ini di jangka siap pada awal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Menurut Menteri Kerja Raya, pembinaan CSR ini turut menarik perhatian Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), serta mendapat pujian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan luar negara kerana membina laluan haiwan melintas di bawah tiga buah jambatan yang dikenali sebagai Eco-Bridge sepanjang 1.35 kilometer kerana ia terletak di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara.