Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Timbalan Menteri Kerja Raya hadir merasmikan Sambutan KIK JKR Tahun 2024

Melaka, 23 Julai 2024 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah hadir merasmikan Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2024 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR. Bertemakan “Inovasi Pemangkin Generasi Kreatif”, JKR telah mengambil inisiatif bagi menyahut saranan Kerajaan Malaysia MADANI agar Perkhidmatan Awam terus berdaya cipta menghasilkan inovasi serta menguasai teknologi terkini demi Pembangunan Negara.

Program Jelajah BINA Townhall Se-Malaysia Memperkukuh Mekanisme Mewajibkan “Sistem Binaan Berindustri”

Cyberjaya, 17 Julai 2024 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui CIDB IBS Sdn. Bhd. telah menamatkan Program Jelajah BINA Townhall Se-Malaysia di Kota Bharu, Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir. 

Subscribe to