PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA JANUARI 2025 & MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA JANUARI 2025 & MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU

KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2025 -  Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Januari 2025 serta Amanat Tahun Baharu Menteri Kerja Raya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya dengan kehadiran lebih 500 orang warga Kementerian, Agensi – Agensi dan Syarikat Konsesi di bawah KKR.  


YB Alexander, Menteri Kerja Raya ketika berucap di majlis tersebut, beliau singgung ucapan YAB Perdana Menteri di Forum Ekonomi Malaysia baru-baru ini. YAB menegaskan, kita tidak hanya melihat kepada kejayaan tetapi juga perlu melihat “ruang yang harus dibaiki, kelemahan yang harus dibetulkan, tahap kesungguhan yang harus kita tingkatkan, kerjasama yang harus kita jalinkan, dan perubahan yang harus membawa kebaikan”. 

Selain itu, YB Menteri juga mengharpkan untuk tahun 2025 ini terdapat penurunan angka projek sakit, sekiranya boleh ke angka sifar dan KKR harus memainkan peranan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek.  

Dalam ucapan YBhg. Dato’ Seri Azman, Ketua Setiausaha KKR pada majlis tersebut, memberitahu beberapa pencapaian KKR pada tahun 2024 seperti Program MyJalan, 285 projek JKR telah mengadaptasi BIM, dan 79 lokasi tempat teduhan penunggang motorsikal disiapkan sepenuhnya pada Oktober 2024.  

Turut diadakan Sesi Ikrar Syarikat Konsesi serta Sesi Penyerahan Pelekat MYJalan kepada syarikat konsesi dan YB Menteri, Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan KKR serta Agensi menyempurnakan Sesi Melekat Pelekat "MYJalan A-Team". 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0