Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Teknologi Baharu Turapan Jalan Berpotensi Atasi Masalah Jalan Serta Meningkatkan Daya Tahan

Lojing, Kelantan, 8 Januari 2024 - Satu kajian pemantauan produk turapan jalan lapisan permukaan haus jenis Stone Mastic Asphalt (SMA) yang menggunakan bitumen terubahsuai dengan campuran plastik iaitu PETRONAS Plastic Modified Bitumen sedang dilaksanakan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama PETRONAS Research Sdn. Bhd. (PRSB).

Pemasangan Jambatan Bailey di Jalan Dabong-Jeli Kelantan Terputus Memberi Manfaat Kepada Pengguna

Lojing, 7 Januari 2024 – Dalam memastikan jaringan jalan sentiasa terhubung, Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi meninjau kemajuan kerja pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular atau Jambatan Bailey di Jalan Dabong – Jeli, Jajahan Jeli, Kelantan. Tinjauan turut dilaksanakan di beberapa lokasi Laluan Persekutuan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir dan kerap menerima aduan dari pengguna jalan raya.

Pemberian Tol Percuma Sempena Krismas

Kuala Lumpur, 21 Disember 2023 - Selaras dengan semangat perpaduan Malaysia Madani, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2023.

Sesi Pengenalan Organisasi CIDB Malaysia Kepada Timbalan Menteri Kerja Raya

Kuala Lumpur, 20 Disember 2023 – Hari ini telah berlangsung sesi pengenalan organisasi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif CIDB, YBhg. Dato' Sr Mohd Zaid Zakaria.

Lawatan Kerja Pertama Timbalan Menteri Kerja Raya Ke Jabatan Kerja Raya Malaysia

Kuala Lumpur, 20 Disember 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. YB Timbalan Menteri telah diberikan taklimat berkaitan fungsi, peranan dan hala tuju jabatan oleh barisan Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia, diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Sr Hj. Amran Hj. Mohd Majid.

Lawatan Kerja Pertama Timbalan Menteri Kerja Raya Ke Lembaga Lebuhraya Malaysia

Kajang, 19 Disember 2023Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setelah pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya pada 12 Disember 2023.

Dalam lawatan ini, beliau telah diberikan taklimat berkaitan LLM dan hala tuju industri lebuh raya bertol oleh barisan pengurusan LLM yang diketuai oleh Ketua Pengarah LLM, YBrs. Ir. Sazali Harun.

Subscribe to