Seremban, 23 Februari 2024 - Membawa semangat dan aspirasi Program MyJalan, Kementerian Kerja Raya (KKR) hadir mendengar sendiri permasalahan berkaitan infrastruktur jalan raya yang dihadapi di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Seremban, 23 Februari 2024 - Membawa semangat dan aspirasi Program MyJalan, Kementerian Kerja Raya (KKR) hadir mendengar sendiri permasalahan berkaitan infrastruktur jalan raya yang dihadapi di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Kuala Lumpur, 21 Februari 2024 – Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia (MAFM) telah menganjurkan Perjumpaan Umum bertemakan "tren semasa industri pengurusan fasiliti dan hala tuju masa depan" bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan MAFM ke-17 yang diadakan di UTM Hotel and Residence Kuala Lumpur. Acara itu dihadiri oleh 120 pemimpin industri yang terdiri daripada pemilik aset, penyedia perkhidmatan, badan kawal selia, ahli akademik dan pembekal yang berkaitan dengan industri pengurusan fasiliti di Malaysia.
Kuala Lumpur, 19 Februari 2024 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi pada Selasa yang lepas. Sesi pertemuan tersebut berlangsung di Bilik Tanjung, Aras 6, Kompleks Kerja Raya.
Sintok, 18 Februari 2024 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja ke Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara bagi pendedahan dan penerangan mengenai latar belakang dan objektif Akademi Binaan Malaysia kepada industri pembinaan.
Kuala Lumpur, 8 Februari 2024 – Telah berlangsung Majlis Amanat Tahun 2024 serta Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) Bersama Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.
Miri, 5 Februari 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Haji Zam Zam turun padang untuk melihat sendiri kemajuan pelaksanaan dan perancangan infrastruktur Jalan Persekutuan di Miri, Sarawak bagi memastikan jaringan perhubungan darat rakyat Sarawak, Miri khususnya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan selamat.