PENYERAHAN PROJEK SIAP SISTEM KESELAMATAN ELEKTRONIK BERSEPADU (SKEB) PENJARA SIMPANG RENGGAM DAN PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MUAR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PENYERAHAN PROJEK SIAP SISTEM KESELAMATAN ELEKTRONIK BERSEPADU (SKEB) PENJARA SIMPANG RENGGAM DAN PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MUAR

KLUANG, 08 Disember 2024 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Pembangunan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) bagi Penjara Simpang Renggam, Johor dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar. 

Projek ini adalah milik Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan nilai kedua - duanya ialah RM23.068 juta. Agensi pelaksananya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan Pengarah Kerja Raya Johor sebagai Pegawai Penguasa manakala syarikat kontraktor ialah Electrica Technology Sdn. Bhd.  

Projek SKEB telah dimulakan pada 4 Mac 2022 dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah berjaya dikeluarkan pada 21 Oktober 2024 mengikut masa yang telah ditetapkan setelah pengujian keseluruhan sistem dilaksanakan. 

Pelaksanaan teknologi SKEB ini merupakan satu inisiatif yang sangat kritikal dalam usaha untuk memperkukuh aspek pengawasan, keselamatan dan tindakan bagi sesebuah institusi penjara dengan risiko kes-kes lari dan lain-lain yang tidak diingini disasarkan kepada sifar. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0