SAMBUTAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2024 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SAMBUTAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2024

PULAU PINANG, 12 Disember 2024 - Majlis Sambutan Kemuncak Hari Profesion Teknikal Tahun 2024 (HPTN 2024) telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi. 

HPTN 2024 kali ini merupakan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi di bawahnya iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia , Lembaga Pembangunan Industri Pembinan Malaysia (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Badan profesional turut bersama dalam penganjuran kali ini iaitu Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. 

Bagi menzahirkan pengiktirafan atas peranan dan jasa yang disumbangkan oleh para profesion teknikal, tokoh-tokoh profesion teknikal akan turut dinobatkan menerusi penyampaian Anugerah Tokoh Profesion Teknikal Negara melalui tiga kategori iaitu :  

- YBhg. Dato' Paduka Ir. Dr. Keizrul bin Abdullah, Anugerah Tokoh Profesion Teknikal Negara (Kejuteraan), 

- YBhg. Datuk Sr. Hj. Amran bin Hj. Mohd Majid, Anugerah Tokoh Profesion Teknikal Negara (Ukur Bahan) dan, 

- YBhg. Tan Sri Ar. TPr. Hj. Es bin Hj. Mohamed, Anugerah Tokoh Profesion Teknikal Negara (Seni Bina). 

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0