Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Dua Projek Persekutuan Untuk Rakyat Bintulu Mendahului Jadual

Bintulu, Sarawak, 4 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja dua (2) projek Kerajaan Persekutuan di Bintulu, Sarawak yang dilaksanakan oleh agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

 

Pecah Tanah Projek Jalan Luar Bandar Kapit Bakal Merancakkan Sosioekonomi Rakyat Madani Sekitar Kanowit, Ngemah, Song Dan Kapit

Kapit, Sarawak, 03 Mei 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit telah menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sg. Song, Song, Kapit, Sarawak yang merupakan sebuah projek Persekutuan milik Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) pada 3hb Mei 2024.

Menyantuni Kampung Angkat MADANI KKR dan Kawasan Pedalaman Bersempena HAWANA 2024 di Sarawak

Kapit, Sarawak, 13 Mei 2024 - Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang disambut pada 29 Mei setiap tahun yang menghimpunkan pengamal media dari seluruh negara telah memilih Kuching, Sarawak sebagai tuan rumah bagi tahun 2024. Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu 85 tahun dahulu iaitu pada 29 Mei 1939.

Dua Projek Persekutuan Rakyat – Centric Terkini Yang Bakal Memanfaatkan Rakyat Madani di Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu, 23 April 2024 – B Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan dua (2) projek berpaksikan Rakyat Madani (rakyat-centric) yang sedang dilaksanakan di Kuala Kubu Bharu, Selangor iaitu Pembinaan Bangunan Gantian Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak dan Projek Membina Satu Blok Tambahan Mahkamah. Kedua - dua projek Kerajaan Persekutuan ini adalah di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensi pelaksana projek tersebut iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kerajaan Jepun Terima Baik Cadangan Kerjasama Dalam Sektor Pembinaan Malaysia

Tokyo, 25 April 2024 – YB Menteri Kerja Raya dan delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) berbesar hati dapat berkunjung ke pejabat Timbalan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun TYT Kokuba Konosuke di Tokyo semalam. Pertemuan ini menjadi kesinambungan hubungan baik antara Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai sejak 65 tahun yang lalu.

Laluan Batang Kali – Genting Dijangka Dibuka Akhir Jun 2024

Batang Kali, 29 April 2024 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja Projek Baikpulih Cerun Laluan B66, Jalan Batang Kali – Genting yang telah runtuh pada awal pagi 16 Disember 2022.

Mesyuarat Penutup Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kerja Raya

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 - Petang ini telah diadakan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kerja Raya yang diadakan di Aras 6 Blok B, Kompleks Kerja Raya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan KKR bagi mendengar maklum balas secara keseluruhan hasil auditan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tiga Kementerian Jalin Kerjasama Strategik Merealisasikan Aspirasi MyJalan

Kuala Lumpur, 02 April 2024 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menggerakkan satu jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui pendekatan bersama antara Kerajaan dan Malaysia Madani dalam mencari titik kerjasama dan kolaborasi dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalanraya di Malaysia.

Pengurangan Had Laju Jalan Persekutuan Dan Pemberhentian Kerja Penyenggaraan Tidak Kritikal Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Kuala Lumpur, 02 April 2024 – Selaras dengan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024, proses pewartaan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi penurunan sementara had laju daripada 90km/j kepada 80 km/j di semua Jalan Persekutuan di Malaysia. Pewartaan ini berkuat kuasa mulai 8 hingga 14 April 2024.

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 - Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan pada 25 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Rafflesia dengan jayanya.

Subscribe to