Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Pelantikan Ketua Pengarah Kerja Raya Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kementerian Kerja Raya

Kuala Lumpur, 25 Jun 2024 - Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya berkuatkuasa pada 25 Jun 2024.

Depot Tahanan dan Kuarters Baharu Imigresen Jawi Lebih Kondusif dan Selamat

Pulau Pinang, 25 Jun 2024 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters, Jawi, Pulau Pinang.

Sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023

Kuala Lumpur, 20 Jun 2024 - Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Seramai 891 penerima yang terdiri daripada 60 pegawai KKR, 729 pegawai JKR, 79 pegawai CIDB dan 23 pegawai LLM telah memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2023.

 

Sesi Pre-Council Serta Taklimat Status Lebuhraya LTB dan Redline Pan Borneo

Kuching, 11 Jun 2024 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah hadir ke sesi Pre-Council kunjungan hormat serta taklimat status Lebuhraya LTB dan Redline Pan Borneo di Negeri Sarawak bertempat di Ibu Pejabat JKR Sarawak.

Pusat Kesihatan Prima (PKP) UNIMAS Memanfaatkan Sektor Kesihatan Rakyat dan Pendidikan Perubatan UNIMAS

Kota Samarahan, Sarawak, 13 Jun 2024 - Hari ini telah berlangsung sesi penyerahan Projek Pembinaan dan Penyiapan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku pemilik projek. Majlis Penyerahan ini telah disaksikan bersama oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dan Pengurusan Tertinggi dari kedua-dua Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kerja Raya.

 

Subscribe to