KETUA SETIAUSA NEGARA MELAWAT PROJEK LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KETUA SETIAUSA NEGARA MELAWAT PROJEK LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)

CHERAS, 19 FEBRUARI 2025 -  Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turun padang meninjau sendiri kemajuan Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang masih dalam pembinaan. 

Hadir sama mengiringi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bersama YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. 

Tan Sri KSN turut menegaskan kepada pihak kontraktor supaya kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk rekod, projek pembinaan ini dikendalikan oleh syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0