Pasir Gudang, Johor Bahru, 13 Jun 2024 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang, Johor Bahru.
Pasir Gudang, Johor Bahru, 13 Jun 2024 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan kerja Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang, Johor Bahru.
Kuala Lumpur, 9 Jun 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang bersama Ketua Pengarah LLM, YBhg Dato’ Ir Sazali Harun, Pengarah Eksekutif EKOVEST Berhad, Encik Lim Chen Tai, Pengarah Urusan Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng serta pegawai kanan KKR dan LLM, serta pengurusan syarikat Konsesi Lebuhraya SPE dan Wakil Syarikat Perunding ke lokasi tempat aduan struktur yang telah “disyaki retak”.
Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah menyempurnakan Dialog Asset Management Roundtable Series (AMRS) 2024/2025 yang telah diadakan bersempena dengan Global Maintenance Day 2024 di UEM Edgenta Learning Centre, Petaling Jaya.
Kuching, 11 Jun 2024 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia bersama delegasi Kementerian Kerja Raya telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas YAB Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia.
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) berbesar hati menerima Lawatan dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang diketuai oleh Puan Nor Fadila M Sapuan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku Urus Setia EKSA bersama 39 para pegawai KUSKOP.
Kuala Langat, 8 Jun 2024 - Hari ini Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad hadir ke Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2024 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.
Labuan, 7 Jun 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad telah menyaksikan penyerahan projek Kementerian pelanggan di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan selaku agensi pelaksana.
Labuan, 7 Jun 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj Ahmad telah mengambil peluang turun padang meninjau kemajuan bagi kerja-kerja yang sedang dijalankan dalam menaik taraf Simpang 3, Jalan Mohammed Salleh – Jalan Penghulu Tuah, WP Labuan.
Labuan, 7 Jun 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah menyaksikan penyerahan Projek Pembinaan Infrastruktur untuk Perpindahan Skuadron Hawk Ke Pangkalan Udara TUDM Labuan milik Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Projek yang bernilai RM19.2 juta telah siap sepenuhnya pada 15 Mac 2024. Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad.
Singapura, 5 Jun 2024 - Penghormatan yang diberi kepada YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi untuk mengetuai delegasi Malaysia di Sidang Kemuncak Bandar Dunia (WCS) dan Forum Infrastruktur Asia 2024 (AIF), telah digunakan sebaiknya apabila Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Kementerian Pembangunan Negara Singapura telah mengadakan perbincangan melalui mesyuarat dua hala yang diketuai oleh beliau dan Menteri Pembangunan Negara Singapura (MND), Tuan Desmond Lee di republik itu hari ini.