DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA KUNJUNG HORMAT PREMIER SARAWAK
KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Mengakhiri siri kunjungan hormat, delegasi Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg bertempat di Aras 22 Wisma Bapa Malaysia.
YAB Premier turut sudi meluangkan masa mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak kementerian dan turut mengadakan perbincangan khususnya mengenai pembangunan dan infrastruktur di Sarawak.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments