YBM DAN DELEGASI KKR KUNJUNG HORMAT TIMBALAN PREMIER SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YBM DAN DELEGASI KKR KUNJUNG HORMAT TIMBALAN PREMIER SARAWAK

KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengetuai delegasi Kementerian Kerja Raya mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan bertempat di Wisma Sumber Alam. 

Delegasi yang hadir sama ialah YB. Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKR, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Dan Pembangunan KKR, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Sazali Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Ybrs. Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. Turut hadir ialah Ybrs. Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy anak Morris, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak.  

Timbalan Premier turut meluangkan masa sekitar satu jam mengadakan perbincangan dan kerjasama melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0