Kuala Lumpur, 14 Oktober 2024 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melalui anak syarikatknya CIDB Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY, sebuah inisiatif bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.