SEMINAR PENGURUSAN ASET MENYELURUH 2025: MERINTIS USAHA KE ARAH PEMBUDAYAAN AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN ASET NEGARA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SEMINAR PENGURUSAN ASET MENYELURUH 2025: MERINTIS USAHA KE ARAH PEMBUDAYAAN AMALAN TERBAIK DALAM PENGURUSAN ASET NEGARA

PUTRAJAYA, 24 FEBRUARI 2025 - Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025, julung kalinya diadakan dengan matlamat untuk memperkukuh lagi pengetahuan dan kefahaman peserta berhubung Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK), strategi serta penggunaan teknologi dan inovasi ke arah membudayakan amalan terbaik dalam pengurusan aset negara. 

Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA) pada 24 dan 25 Februari 2025 bertempat di Dewan Damar Sari, Putrajaya. 

Turut hadir dalam seminar ini ialah YB Dato Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0