KETUA SETIAUSAHA KKR MELAWAT TAPAK PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN SUNGAI SALA
KOTA SETAR, 22 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim melawat tapak Projek Menggantikan Jambatan Sungai Sala. Jambatan ini berada di laluan Jalan Persekutuan FT01 dan kini berada di Fasa 2 pembinaan.
Turut sama berada di lokasi ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Kedah, YBrs. Tuan Ir. Mohd Fisal Ismail. Taklimat projek telah disampaikan oleh Jurutera Daerah Kota Setar, YBrs. Tuan Ir. Isnil Badril Ismail. YBhg. Dato' Seri KSU turut mengingatkan kepada kontraktor supaya menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan supaya ianya siap mengikut jadual.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments