CIDB PERKENAL FASILITI PENGUJIAN INFRASTRUKTUR REL DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2025 - Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM), yang diuruskan oleh Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), sebuah institut dibawah CIDB Malaysia, kini dilengkapi dengan fasiliti untuk menjalankan ujian penuh produk Railway Sleepers dan Railway Bearers yang digunakan dalam industri pembinaan rel di Malaysia. Fasiliti ini telah siap pada tahun 2023, dan CREAM berhasrat untuk memperluaskan lagi pengujian rel MKRM yang merangkumi semua komponen relseperti trek, fastener, welded joint, dan keseluruhan sistem rel.
Pencapaian terkini MKRM termasuk usaha untuk meluaskan skop akreditasi (Extensionof Scope - EOS) di bawah piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025:2017. Iamelibatkan penambahan sebanyak dua belas (12) skop akreditasi yang baru,merangkumi produk seperti Precast Concrete Rail Sleepers, besi dan keluli, perancah(scaffoldings), keluli tetulang (reinforcement bar), dan wire mesh. ISO/IEC 17025:2017adalah satu standard antarabangsa yang diterbitkan oleh International Organization forStandardization (ISO) dan International Electrotechnical Commission (IEC) yang menetapkan panduan mengenai bagaimana badan pengujian (testing bodies) seperti2 CREAM boleh memastikan perkhidmatan mereka mematuhi tahap kualiti dan kecekapan yang tinggi.
Selain menjadi badan pengujian, CREAM juga merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pensijilan dan Pemeriksaan produk. Dengan pengalamanhampir 10 tahun, Perkhidmatan Pemeriksaan CREAM (CREAM Inspection Services) telah menjalankan lebih daripada 500 aktiviti pemeriksaan dan persampelan di gudang,kilang, dan lokasi lain, baik di dalam mahupun luar negara. Tujuan utama pemeriksaandan persampelan ini adalah untuk memastikan bahan-bahan tersebut mematuhi keperluan Jadual Keempat di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). CREAM Inspection Services secara rasmi menerima akreditasi MS ISO/IEC 17020:2012 daripada Jabatan Standard Malaysia pada 12Disember 2024. Ini melengkapkan CREAM sebagai sebuah organisasi yangmenyediakan perkhidmatan teknikal menyeluruh kepada industri pembinaan, berfungsi sebagai Badan Pemeriksaan, Pengujian, dan Pensijilan produk di bawah tiga skopakreditasi, iaitu MS ISO/IEC 17020, MS ISO/IEC 17025, dan MS ISO/IEC 17065.
“Dengan akreditasi ini, CREAM dapat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan produk sebelum produk tersebut diuji, diperakui dan diluluskan oleh badan kawal selia sepertiLembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan pihak berkuasatempatan lain. Ini memberikan keyakinan dan kecekapan yang lebih besar kepada pelanggan dalam proses pemeriksaan mereka”, kata Datuk Seri Ahmad Maslan,Timbalan Menteri Kerja Raya semasa sesi lawatan rasmi beliau ke MKRM dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah serta CIDB Technologies Sdn. Bhd.
Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Puan Zainora Zainal, Ketua Pegawai Operasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah, Dr Rozaimi An, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Technologies Sdn. Bhd., Encik Mohd Hafiz Dasahi dan Pengurus Kanan Bahagian Pengujian CREAM, Encik Ahmad Hazim Abdul Rahim.
Datuk Seri Ahmad Maslan turut mengadakan lawatan ke Akademi Binaan Malaysia(ABM) Wilayah Tengah untuk menyaksikan fasiliti terkini di ABM, termasuk bengkel Simulator Jentera Berat yang merupakan sebahagian daripada usaha mendigitalisasi latihan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pembelajaran praktikal pelatih.Delegasi turut dibawa melawat bengkel kimpalan, sebahagian daripada inisiatif CIDB Malaysia yang dilaksanakan oleh CIDB Technologies, bertujuan memperkukuh kemahiran tenaga kerja pembinaan dalam bidang teknikal yang kritikal.
Menurut statistik sehingga Disember 2024, bagi program melibatkan belia dan personel binaan, ABM Wilayah Tengah telah melatih seramai 65,235 peserta, manakala CIDB Technologies mencatatkan seramai 7,823 peserta. Data ini merangkumi pencapaian dalam pelbagai tred kemahiran pembinaan seperti Crane Operator, Scaffolding, Welding,Blasting and Painting, dan banyak lagi.
Bagi pertandingan WorldSkills, ABM Wilayah Tengah telah menghantar seorang wakil dalam bidang Plumbing & Heating untuk mewakili Malaysia di pertandingan WorldSkillsASEAN Philippines 2025, yang akan berlangsung pada 20 – 21 Ogos 2025 di Manila.Sementara itu, CIDB Technologies turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila wakil mereka memenangi pingat gangsa dalam kategori Welding di pertandinganakhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) yang berlangsung di Johor pada tahun lepas.
- Log in to post comments