MAJLIS PELANCARAN MEDIA TNG DIGITAL SOS BALANCE
KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2025 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah hadir untuk merasmikan Majlis Pelancaran Media TNG Digital SOS Balance. Majlis tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Kumpulan Touch'n Go (TNG), Bangsar.
Majlis pelancaran inisiatif baru ini yang mencerminkan inovasi berteraskan nilai ihsan yang akan memberikan impak positif kepada Rakyat terutamanya dalam kalangan pengguna tol di seluruh Malaysia.
SOS Balance melalui TNG eWallet adalah contoh terbaik bagaimana teknologi boleh menangani cabaran dunia sebenar dengan berkesan.Dengan berpaksikan kesejahteraan rakyat sebagai teras pembangunannya, inisiatif ini menawarkan kemudahan dan keyakinan tambahan, memastikan pembayaran tol berjalan lancar walaupun baki tidak mencukupi dan merupakan inovasi pertama seumpamanya di dunia.
Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Ir. Sazali Harun, Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Tan Sri Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi Touch ‘n Go, Encik Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Pengguna & Perbankan Digital Kumpulan CIMB dan Pengerusi TNG Digital, Encik Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital dan Encik Prabakaran Sangarajoo, Ketua Pegawai Eksekutif, Touch ‘n Go.
- Log in to post comments