Temubual Eksklusif Menteri Kerja Raya Bersama Penyampai Hot FM di Bekpes Hot
Kuala Lumpur, 04 November 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi sebentar tadi bersiaran secara langsung dalam segmen Bekpes Hot! bersama dengan penyampai-penyampai Hot FM iaitu KJ, AG, Farah Fauzana dan Johan di Studio Hot FM yang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama.
Antara topik menarik yang dibincangkan ialah berkaitan Belanjawan 2025: Membugar Industri Pembinaan demi Kesejahteraan Infrastruktur Rakyat dan Aplikasi MyJalan. Topik ini turut mengupas perancangan KKR untuk pembangunan infrastruktur negara.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang aplikasi MYJalan dan peruntukan Belanjawan 2025 di bawah KKR demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments