YB TIMBALAN MENTERI TURUN PADANG DI PULAU LANGKAWI, KEDAH
LANGKAWI, 16 JANUARI 2025 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang meninjau status kemajuan dua projek milik Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha dan Pembinaan Kuarters KKM, kedua-duanya terletak di Pulau Langkawi.
Projek bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha telah mencapai kemajuan 37.95% dan dijangka siap pada Disember 2025, manakala bagi Projek Pembinaan Kuarters, projek ini telah mencapai kemajuan 58.70% dan juga dijangka siap pada Disember 2025.
Terdahulu, YB Timbalan Menteri hadir ke JKR Daerah Langkawi menyantuni warga kerja di Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments