Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Kos kereta api bawah tanah empat kali ganda

KUALA LUMPUR: Kos melaksanakan sistem kereta api bawah tanah yang dicadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dianggarkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding penggunaan monorel seperti dirancang Kerajaan Pusat. 

Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Shahril Ridza Ridzuan, berkata kerja mengorek dan membina terowong bawah tanah akan menelan belanja lebih besar berbanding membina jejantas bagi laluan monorel. 

Had muatan kenderaan naik 12 tan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memutuskan berat muatan bagi setiap gandar kenderaan perdagangan di Jalan Persekutuan yang kini ditetapkan pada sembilan tan, ditambah kepada 12 tan selepas kajian mendapati rangkaian sedia ada mampu menanggungnya. 

Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata keputusan yang akan berkuat kuasa sebaik diwartakan dalam masa terdekat itu, dibuat berikutan selesainya proses naik taraf jalan dan baik pulih jambatan seluruh negara bagi menampung penambahan beban itu. 

Landslip raise more concerns

A LANDSLIP that occurred recently at the Bukit Gasing Educational Forest (Hutan Pendidikan Bukit Gasing) has added to the concern of Bukit Gasing residents and joggers who frequent the area.

During a site visit by StarMetro, two men who said they were contractors with the Primer Minister's Department were there to clean up the area and cover it up with a tarpaulin to prevent further erosion.

The landslip is along a pathway and is near a residential unit allocated for government-officers.

Projek RMK-9 dikaji balik

KUALA LUMPUR 22 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang bernilai berbilion ringgit akan dikaji semula pelaksanaannya berikutan masalah kenaikan kos.

Bagaimanapun, katanya, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang berharga RM3 bilion, iaitu salah satu projek penting di bawah RMK-9, hanya mengalami kelewatan.

Menurut Perdana Menteri, pembinaan infrastruktur itu terlewat ekoran kos pembinaan yang meningkat selain masalah mendapatkan tanah dan reka bentuk yang terbaik.

Kerajaan cadang mansuh AP besi

KUALA LUMPUR 22 April - Kerajaan bercadang memansuhkan permit import (AP) membawa masuk bekalan besi ke negara ini serta tidak lagi menjadikannya bahan kawalan bagi menstabilkan harga pasaran besi yang naik mendadak sejak akhir-akhir ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, apabila langkah itu dilaksanakan kelak, bekalan dan harga besi akan terikat kepada kehendak pasaran.

Projek jambatan kedua Pulau Pinang ditangguh

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi semalam mengumumkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang ditangguhkan kerana terdapat beberapa faktor yang melewatkan pembinananya.

Katanya, antara faktor yang dikenal pasti ialah penggunaan tanah, reka bentuk serta kos pembinaan yang semakin meningkat dan memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi jika ia diteruskan.

"Semua faktor ini ada hubungan kait dengan kos dan ia menjadi lebih tinggi lagi apabila mengalami kelewatan untuk menyiapkannya.

Tiga punca jambatan kedua lewat siap

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang mengalami kelewatan kerana beberapa masalah, termasuk berhubung proses mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk terbaik dan peningkatan kos pembinaan. 

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, masalah itu akan dapat diatasi dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. 

Penduduk bimbang syarikat konsesi tutup semula laluan

KAJANG - Berang dengan sikap pemaju perumahan dan pihak konsesi menyelesaikan masalah penutupan jalan di Taman Bukit Mahkota, kelmarin penduduknya, mengambil tindakan merobohkan penghadang konkrit yang ada bagi membolehkan mereka menggunakan laluan tersebut.

Jalan yang siap dibina sejak dua tahun lalu itu, merupakan jalan pintas kepada beberapa penduduk seperti Taman Rakan dan Bandar Sungai Long untuk ke pusat bandar.

Kajian semula RMK-9 tidak jejas unjuran KDNK

TASEK GELUGOR 25 April - Keputusan kerajaan mengkaji semula pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak akan menjejaskan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangka tumbuh pada kadar 5 peratus hingga 6 peratus tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kajian semula itu mampu menyediakan asas ekonomi negara yang kukuh untuk jangka masa panjang, khususnya dalam aspek pengagihan hasil ekonomi yang lebih cekap.

Subscribe to