BANDAR MAHKOTA CHERAS - Sekali lagi kawasan jalan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) yang menjadi isu kontroversi sejak sehari dua ini menjadi kecoh dan penduduk mula berkumpul apabila mendapati pihak Grand Saga Sdn Bhd mula kelihatan di kawasan tersebut sekitar jam 10 pagi.
Wakil pihak pemaju, Grand Saga kelihatan marah sambil menyatakan hendak membina semula tembok di jalan tersebut dengan alasan laluan berkenaan adalah milik mereka. Individu berkenaan juga cuba menarik bendera beberapa parti yang dinaikkan dilampu isyarat di kawasan berkenaan dengan alasan lampu itu juga milik mereka.
Penduduk yang naik berang dengan keadaan ini menjadi tidak terkawal, lalu membaling batu terhadap wakil Grand Saga tersebut. Sekitar jam 11 pagi, penduduk mula membanjiri kawasan itu dan beberapa dari mereka mula bekerja sebagai pengawal trafik dengan menjaga kelancaran lalu-lintas.
Terdapat juga juruukur professional dari pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang menjalankan tugas mengukur sekitar jam 9.30 pagi di kawasan berkenaan.
Manakala Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang berkejar ke tempat kejadian apabila mendengar berlaku kekecohan di kawasan tersebut menyatakan, pihak Grand Saga seharusnya memberi peluang kepada penduduk sehingga petang esok.
"Mesyuarat antara MPKj dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu berkaitan isu ini akan diadakan jam 3 petang esok. Saya kesal dengan tindakan Grand Saga yang cuba menaikkan kemarahan penduduk dengan tindakan mereka. Perbuatan mereka menyebabkan keadaan menjadi tegang dan penduduk semakin marah.
"Saya berharaf penduduk akan bertenang dan mencari jalan penyelesaian dengan aman. Jangan melakukan sesuatu di luar batasan seperti membaling batu. Kita harus selesaikan masalah ini secara professional," tegasnya.
Katanya, beliau berharaf cara penyelesaian masalah yang diambilakan menjadi cotoh kepada masyarakat lain jangan terburu-terburu kerana sebenarnya berlaku salah faham dalam isu ini.
"Saya juga kesal dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik. Mereka seharunnya menyatkan status tanah ini dengan jelas pada mesyuarat Jumaat lepas dengan Ronnie, MPKj dan warga BMC," jelasnya.
Sekitar jam 12.30 tengah hari, kelihatan anggota polis trafik mengawal lalu-lintas dan penduduk beransur bersurai dengan nasihat mereka.
Terdahulu semasa Sinar Harian meninjau kawasan berkenaan sekitar jam 10 malam mendapati, terdapat dua pengawal keselamatan yang menjaga jalan tersebut untuk mengelakkan Grand Saga membina kembali penghadang yang dirobohkan.
Jalan tersebut turut ditutup dengan penghadang plastic oleh penduduk sendiri kerana mendapat ini agak berbahaya untuk digunakan kerana sistem lampu isyarat yang masih tidak diselaraskan.
Bagaimanapun sebuah lortong kecil yang menuju kekuari Batu 9 dibuka bagi membolehkan pengguna membuat pusingan U sebelum ke jalan besar, sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.