Projek jambatan kedua Pulau Pinang ditangguh | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi semalam mengumumkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang ditangguhkan kerana terdapat beberapa faktor yang melewatkan pembinananya.

Katanya, antara faktor yang dikenal pasti ialah penggunaan tanah, reka bentuk serta kos pembinaan yang semakin meningkat dan memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi jika ia diteruskan.

"Semua faktor ini ada hubungan kait dengan kos dan ia menjadi lebih tinggi lagi apabila mengalami kelewatan untuk menyiapkannya.

"Jadi kita mengambil keputusan untuk menangguhkannya terlebih dahulu," katanya ketika diminta mengulas mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)

Jambatan sepanjang 24 kilometer itu dianggarkan berharga lebih RM3 bilion, dijangka siap menjelang Januari 2011, akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan bakal menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Sebelum ini, isu pembinaan jambatan sepanjang  24 kilometer yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan Batu Maung di bahagian pulau  itu menerima kritikan hebat daripada  beberapa pihak kerana didakwa menghadapi kelewatan.

Abdullah yang ditemui  pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah bertempat di Hotel Mandarin Oriental di sini, semalam turut memaklumkan bahawa terdapat juga projek lain yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

"Hal ini mengambil masa walaupun kita nak percepatkan pembangunannya," katannya  

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian