Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Diskaun lebuh raya atasi kesesakan

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) percaya diskaun tol 10 peratus yang diberikan kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dan Elite dari tengah malam hingga 7 pagi mulai 1 Januari depan akan membantu mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu pagi. 

Pengurus Besar Komunikasi Korporatnya, Khalilah Talha (gambar) berkata, diskaun yang ditawarkan mulai 12 malam sehingga 7 pagi itu akan menggalakkan pekerja yang menggunakan lebuh raya berkenaan keluar awal ke tempat kerja bagi menikmati diskaun. 

Diskaun 10 peratus keputusan terbaik

KUALA LUMPUR 20 Nov- Projek Lebuhraya Utara-Selatan Expressway Berhad (PLUS) mengakui pemberian diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite dari tengah malam hingga 7 pagi bermula Januari tahun depan adalah kadar terbaik yang boleh diberikan ketika ini.

Pengurus besar Komunikasi Korporatnya, Khalilah Talha berkata,  keputusan pemberian diskaun itu berdasarkan perbincangan mendalam dengan semua pihak termasuk kerajaan dan pemegang saham PLUS.

TOL PLUS turun

Langkah Projek lebuhraya Utata-Selatan Expressway Berhad (PLUS) memberi diskaun 10 peratus pada waktu tertentu bermula tahun depan wajar disykuri.

Pengumuman pada selasa lalu walaupun sekadar tempoh dua tahun sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan mengurangkan beban kos ekoran ketidaktentuan ekonomi semasa.

Pengguna sewajarnya menjadikan insentif itu sebagai peluang terbaik dan bukan mengkritik usaha tanggungjawab sosial korporat dilaksanakan oleh syarikat konsesi tersebut.

PLUS rewards for regular highway users.

KUALA LUMPUR: A PLUS Expressway loyalty  programme benefiting regular users is to be introduced.

However, there will be not reduction in toll rates according to sources.It is learnt that the reward programme would, among other, be tied to motorists using the Touch ?n Go card.

The sources told The Star that regular toll highway users would be rewarded.

?The more toll a motorist pays, the bigger the reward will be ,? said an informed source.

Work Minister Datuk Mohd Zin Mohamed is expected to disclose details of the programme on Tuesday.

Minister to clear air about toll deals

 

PUTRAJAYA: The cabinet has discussed the contents of highway concessionaire agreements a couple of times, Datuk Seri Najib Razak said. 

The deputy prime minister, who is also the finance minister, said he would ask Works Minister Datuk Mohd Zin Mohamad to issue a statement on the matter "to make sure that technically, it is correct".

"I will leave it to the works minister to make the statement," he said when asked to comment on an English daily's report quoting sources as saying that the government had declassified the agreements.

Tol Plus turun

SEPANG: Plus Expressways Berhad (Plus) dijangkakan menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau bagaimanapun engan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerjaan megadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semua bayaran tol lebuh raya di seluruh Negara, sejak beberapa bulan lalu.

Latih 100,000 pekerja setahun

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melatih kira-kira 100,000 tenaga kerja mahir tempatan dalam tempoh setahun, selaras usaha kerajaan mengurangkan buruh asing dalam sektor binaan. 

Menterinya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kementerian akan menyediakan peruntukan RM100 juta kepada CIDB bagi membolehkan tenaga kerja berkenaan menguasai segala kemahiran dalam sektor pembinaan. 

Subscribe to