Langkau ke kandungan utama
1

Projek Naiktaraf Jalan Tanjung Kidurong – Samalaju Industrial Park

BINTULU, 25 April - Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM144 juta untuk menaiktaraf jalan Tanjung Kidurong – Samalaju Industrial Park dalam usaha merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut. 

Kerja-kerja menaiktaraf itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dibahagikan kepada 2 fasa.

Bagi fasa pertama, pembinaan dua lokasi lorong memotong di KM6.4-KM9.0 dengan kos sebanyak RM9.6 juta dan KM31.6–KM34.1 dengan kos sebanyak RM7.8 juta telah dimulakan pada bulan Julai 2013 dan dijangka siap pada Julai 2014.

Bagi fasa kedua pula, jalan sepanjang 16km (KM0 - KM4 dan KM39 – KM51) akan dinaiktaraf dari satu lorong single carriageway kepada dua lorong dual carriageway dengan kos sebanyak RM126.6 juta. Pada masa ini, rekabentuk sedang disediakan dan dijangka siap (rekabentuk) pada Mei 2014.

Berdasarkan perancangan, pembinaan fasa kedua ini akan dimulakan pada tahun 2014, iaitu selepas melalui proses Pengurusan Nilai (value management) yang dijangka dilakukan pada awal Jun 2014. Tempoh siap fasa 2 ini ialah selama 24 bulan.

Kementerian juga telah membuat permohonan semula kepada Agensi Pusat untuk meluluskan dan menyenaraikan satu lagi projek menaiktaraf iaitu jalan Kidurong – Nyabau di dalam Rolling Plan Keempat (RP-4) (2015), Rancangan Malaysia Kesepuluh. Skop projek adalah menaik taraf jalan sepanjang 4.5 kilometer dari 4 lorong 2 hala kepada 6 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR U5.

Berhubung cadangan membina jejambat (flyover) di Medan Jaya, Kementerian difahamkan terdapat perancangan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan pusat komersial berskala besar di kawasan rendah.

Sehubungan itu, Kementerian ini akan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri melalui JKR Sarawak mengenai pelan pembangunan struktur di kawasan berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
 

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Image removed.

Tarikh Dan Waktu Acara