Langkau ke kandungan utama
1

Program Pemerkasaan Media Sosial Kementerian Kerja Raya Tahun 2014

KUALA LUMPUR, 19 Disember – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Program Pemerkasaan Media Sosial KKR yang diadakan di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Program ini merupakan lanjutan daripada dua program media sosial yang diadakan sebelum ini pada bulan Mac danJun yang lalu. Program kali ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Zohari Akob, Ketua Setiausaha.

Program ini telah mengumpulkan semua pentadbir (admin) Pasukan Media Sosial(PMS) KKR melibatkan Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat dan Negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Y.Brs. Tuan Hj. Sarani Dollah, TKSU (P) turut menyampaian taklimat “overview” prestasi pengurusan media sosial KKR bagi tahun 2014 serta perancangan bagi PMS untuk tahun 2015.

Dalam ucapan Y.Bhg. KSU, beliau menegaskan bahawa kaedah penyampaian perkhidmatan KKR perlu diperkayasa dengan memperluas penggunaan secara optimum media baharu yang kini menjadi trend baharu dalam dunia komunikasi khususnya dalam usaha member penjelasan kepada rakyat mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan amnya dan KKR khasnya.

Klimaks bagi program ini adalah Penyampaian Sijil Penghargaan kepada admin media social terbaik tahun 2014 yang dianugerahkan kepada admin JKR Negeri Johor dan disusuli dengan penyerahan gajet telefon pintar kepada semua 20 admin PMS KKR olehY.Bhg. Dato’ Sri KSU.

Tarikh Dan Waktu Acara