Langkau ke kandungan utama
1

Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013

KUALA LUMPUR, 10 September – Persidangan dan Pameran Industri Rel Asia 2013 (Rail Business Asia 2013) merupakan acara industri rel bersepadu bertaraf antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan MiGHT.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  hari ini.  Sebanyak 30 exhibitor dari dalam dan luar negara seperti Perancis, Jerman, Sepanyol dan Republik Korea terlibat berkongsi ilmu industri rel dan 16 kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar dalam bidang rel dari dalam dan luar Negara.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Datuk Himmat Singh, Pengerusi CIDB, YBhg. Datuk Ir. Hamzah Hasan dan YBhg. Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, pengerusi SPAD.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita