Langkau ke kandungan utama
1

Perluasan MyCESMM di Sarawak

KUCHING, 16 Oktober  – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement (MyCESMM) di Negeri Sarawak bertempat di Imperial Hotel, Kuching.

MyCESMM telah dilancarkan pada November 2011 dan penganjuran seminar ini merupakan usaha CIDB untuk memperluaskan dan menggalakkan penggunaannya sebagai piawai pengukuran kepada projek kejuruteraan awam di seluruh Negara.  Turut diadakan di Seminar ini adalah sesi menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Kerja Raya Sarawak, Jabatan Pengairan Pembentungan, Institution of Engineers Malaysia (IEM) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM). 

 Perasmian Seminar telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof.  Turut hadir menyampaikan ucapan aluan adalah YBrs. Ir. Zuraimi Haji Sabki, Ketua Pengarah JKR Sarawak.

Tarikh Dan Waktu Acara