Langkau ke kandungan utama
1

Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2013 telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Yong Khoon Seng hari ini bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Program anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi agensinya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ini berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac 2013 dengan bertemakan Transformasi.

Ucapan aluan pula telah disampaikan oleh penganjur ICW 2013 iaitu YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB. ICW 2013 merupakan pentas bagi para pemain industri binaan tempatan dan luar negara bertemu serta berkongsi maklumat, menjalin hubungan serta menjadi medan percambahan ilmu bagi amalan terbaik di dalam pembinaan. Program tahunan yang telah masuk tahun kedua belas penganjurannya ini terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu pameran, persidangan dan seminar.

Antara acara yang telah disusun oleh pihak penganjur sepanjang ICW 2013 berlangsung adalah seperti Pameran dan Persidangan Road Engineering Association of Asisa & Australasia (REAAA) keempat belas, Second Malaysia Eco-Building and Design atau lebih dikenali sebagai Eco-B, Malaysian Construction Summit kelima, Construction Research Achievement International Conference (CIRAIC) dan Construction Project Managers National Symposium 2013.

Tarikh Dan Waktu Acara