Rangka cadangan elak kenaikan tol membebankan
Kadar tol setiap kilometer lebuh raya di negara ini masih dikategorikan termurah dirantau ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan kenaikkan tol lebih dahulu supaya kenaikannya tidak membebankan pengguna.
Menurutnya, kementerian juga sedang merangka dan akan memberikan beberapa pilihan supaya kerajaan dapat memilih cadangan terbaik kadar tol yang tidak membebankan pengguna.