Langkau ke kandungan utama

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad menyarankan kerajaan membeli keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad (Plus) sebagai langkah mengelakkan kadar kenaikan tol lebuh raya.

Katanya, pembelian saham itu sekaligus menjadikan aset Plus sebagai aset awam yang merupakan langkah terbaik bagi mengelak bebanan kerajaan kemungkinan terus terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol jika caj tidak dinaikkan serta beban rakyat untuk membayar caj sekiranya tol dinaikkan.

?Pada saya kalau kita tengok umumnya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan membeli saham Plus. Jadi tol tidak naik kerana konsesi terbatal dan tol yang dikutip itu hanya ditumpu bagi tujuan penyelenggaraan lebuh raya sahaja,? katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu di Dewan Rakyat Khamis lepas bahawa kerajaan perlu membayar pampasan RM 380 juta kepada pemegang konsesi tol jika mereka tidak dibenarkan menaikkan caj tol pada tahun depan.

Shahril yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata pembelian aset PLus itu juga perlu dilakukan kerajaan bagi menjayakan rancangan penstrukturan semula subsidi dan sebagai permulaan pembelian aset Plus itu harus dibuat secara berperingkat.

"Buat permulaan, kerajaan mungkin boleh membeli Lebuhraya Utara-Selatan sebelum seterusnya Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Serembah-Port Dickson dan sebagainya.

"Apabila Plus menjadi aset awam maka tempoh pulangan pinjaman kepada bank dapat dilanjutkan  dalam tempoh yang panjang berbanding sektor swasta yang singkat. Maka sektor swasta tidak menanggung beban bayaran pinjaman dan rakyat seterusnya juga tidak perlu lagi menanggung beban kenaikan tol," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian