Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023

Alor Gajah, 2 November 2023 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR pada pagi tadi.

Sambutan Hari Inovasi KKR dan Agensi Tahun 2023

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2023 – Telah berlangsung sambutan Majlis Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Agensi 2023 yang bertemakan ‘Inovasi Madani, Konsolidasi Produktiviti’. Objektif utama Majlis Hari Inovasi adalah untuk meraikan pembudayaan inovasi khususnya kepada pereka cipta inovasi KKR dan agensi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg.

Sambutan Hari Psikologi Kementerian Kerja Raya 2023

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 – Telah berlangsung Sambutan Hari Psikologi KKR 2023 sempena Minggu Kesihatan Minda KKR di Bilik Tanjung, Blok A, Aras 6, Kompleks Kementerian Kerja Raya (KKR). Majlis ini merupakan anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad. Turut hadir bersama-sama adalah Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir.

Sesi Taklimat Dan Tinjauan Menteri Kerja Raya Ke Projek Setiawangsa - Pantai Expressway (SPE)

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 - Hari ini telah berlangsung sesi taklimat projek dan tinjauan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ke Projek Setiawangsa - Pantai Expressway (SPE) atau dikenali sebagai DUKE 3.

Sesi taklimat telah berlangsung di Wisma Ekovest Bhd dan seterusnya Menteri Kerja Raya telah dibawa untuk meninjau ke 4 lokasi projek lebuh raya tersebut iaitu di:

1. Seksyen 2 – Bandar Malaysia

Subscribe to