Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) Dan Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2023

Shah Alam, 23 November 2023Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) merupakan acara tahunan peringkat kebangsaan bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Turut di hadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamaddan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj Ahmad.

Peruntukan Bakal Disalurkan Sebanyak RM50 Juta Secara Geran Padanan Bagi Menyenggara Laluan-Laluan Di Jalan Pelabuhan Klang

Kuala Lumpur, 23 November 2023 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mengadakan tinjauan ke Daerah Klang bertujuan untuk melihat sendiri lokasi-lokasi aduan dan kemalangan di Laluan – Laluan Persekutuan Daerah Klang, Selangor.

20 Pemain Industri Terbilang Diraikan Di Anugerah Fellowship CIDB 2023

Kuala Lumpur, 16 November 2023 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir untuk mengiktiraf  mereka yang telah memberi sumbangan signifikan dalam industri. 20 pemain terbilang dalam industri yang terpilih telah menerima Anugerah Fellowship CIDB 2023, mengiktiraf model peranan industri yang terus menyumbang kepada pembangunan dan penambahbaikan sektor pembinaan. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia, YBhg. Ir Haji Yusuf Bin Haji Abd.

Perasmian ICW 2023 Dan BuildXpo Berjalan Dengan Jayanya Di MITEC

Kuala Lumpur, 16 November 2023 – Menteri Kerja Raya YB Dato Sri Alexander telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2023 dan BuildXpo yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Hj Zam Zam,  Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia serta YBrs. Tuan Richard Teo, Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd.

KKR Berjaya Mencapai Kategori Platinum Dan Menerima Sijil Penarafan MyGPI Tahun 2022 Kluster Kementerian Dan Kluster Agensi Pusat Dan Jabatan Utama (APJU)

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022 melibatkan kluster Kementerian dan kluster Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU) di Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara yang telah disempurnakan oleh YBhg.

Pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6

Assam Jawa, 20 November 2023 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah merasmikan pembukaan Seksyen 6, Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini melibatkan jajaran sepanjang 21.8 kilometer yang menghubungkan secara terus pengguna lebuh raya dari Kapar ke Assam Jawa, Selangor dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 pagi, 21 November 2023 (Selasa).

Sumbangan Syarikat / Konsesi / Rakan Strategik Kementerian Kerja Raya Malaysia ke Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Kementerian Kerja Raya

Kuala Lumpur, 15 November 2023 – Sebanyak RM454,140.00 jumlah yang telah terkumpul hasil sumbangan daripada agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan juga Anak Syarikat CIDB serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Tidak ketinggalan juga rakan strategik KKR yang terdiri daripada syarikat-syarikat konsesi Jalan Persekutuan dan Lebuh raya bertol yang turut sama memeriahkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin KKR pada hari ini.

Subscribe to